TAKLIMAT PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 (PDPA)

Natalie Lim Yen Kuan dari Bahagian Harta Intelek, SKRINE memberi penerangan tentang Personal Data Protection Act 2010 (PDPA)

Bukit Jalil – 20 Mei 2015 (Rabu) – Bahagian Penyelidikan, Pendidikan dan Inovasi Sukan telah menganjurkan taklimat bertajuk Awareness talk on Personal Data Protection 2010 Act (PDPA) bertempat di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara (ISN). Personal Data Protection Act 2010 (PDPA) adalah satu akta yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Taklimat ini disampaikan oleh Natalie Lim Yen Kuan dari Bahagian Harta Intelek, SKRINE.

Disediakan oleh Dzul Syazwan Bin Mat Sah

Cawangan Pengurusan Penyelidikan

Bahagian Penyelidikan, Pendidikan dan Inovasi Sukan