ISN Sertai Bengkel AI, Perkasa Kemahiran Digital.

Kuala Lumpur, 29 Mei 2025 – Seramai 30 pegawai daripada pelbagai bahagian dan pusat Institut Sukan Negara (ISN) telah menyertai Bengkel Kemahiran Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) bagi Sektor Awam, yang dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Bengkel yang berlangsung di Bilik Seminar Transformasi, MPC Jalan Duta ini merupakan sebahagian daripada inisiatif memperkukuh pendigitalan sektor awam, khususnya dalam penggunaan Artificial Intelligence (AI) secara beretika, produktif dan strategik.

Sepanjang sesi, peserta diberi pendedahan praktikal berkaitan penggunaan pelbagai aplikasi AI, termasuk automasi dokumen, analisis pintar, chatbot generatif dan kaedah menyepadukan AI ke dalam proses kerja harian secara lebih efisien.

Penyertaan ISN dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi untuk meneroka teknologi terkini dalam menyokong pengurusan prestasi sukan, analitik data, serta operasi pentadbiran harian yang lebih dinamik dan berdaya saing.

Program ini turut menyediakan platform kolaborasi antara agensi awam, dalam usaha membina budaya kerja berasaskan inovasi, teknologi dan produktiviti tinggi.

#TeamISN