SOALAN LAZIM

HUBUNGI KAMI

ADUAN & MAKLUMBALAW

PETA LAMAN

SAMBUTAN BULAN INTEGRITI NASIONAL DAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) DAN INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN) TAHUN 2025

4 November 2025, Bukit Jalil – Sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional dan Hari Kesihatan Mental Sedunia Tahun 2025, Institut Sukan Negara (ISN) menerusi Unit Integriti ISN (UI ISN) dan AKRAB ISN dengan kerjasama Unit Integriti (UI) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Wacana Integriti dan Kesihatan Mental Peringkat KBS dan ISN Tahun 2025 bertempat di Dewan Perdana, ISN. Program ini turut bersiaran secara langsung menerusi Facebook ISN.

YBrs. Puan Chan Hong Jin

Penganjuran bersama ini adalah selaras dengan hasrat advokasi dan peningkatan kesedaran dalam kalangan warga kerja KBS dan ISN sebagaimana digariskan melalui Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2021: Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA).

Mengangkat tema “Kesejahteraan Emosi Teras Integriti dan Kecemerlangan Minda”, program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik). Turut hadir ialah YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif ISN; Tuan Razali bin Khamis, Ketua Unit Integriti KBS serta barisan pengurusan daripada KBS dan ISN.