PERKHIDMATAN
Ujian Kecergasan
Ujian ini merangkumi kesemua atlet SUKMA yang bertanding di kejohanan tersebut. Pusat Satelit ISN Pulau Pinang juga menjalankan ujian kecergasan kepada agensi luar seperti pemohon jawatan di Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang. Permohonan dari agensi luar hanya dipenuhi sekiranya terdapat jemputan atau kelapangan masa pegawai. Ini berikutan perkhidmatan diutamakan kepada atlet negeri Pulau Pinang.
Ujian BCA (Body Composition Index)
Dilakukan oleh Pegawai Pemakanan Sukan ISN Pulau Pinang. Selain ujian BCA, khidmat nasihat pemakanan dan pengambilan makanan tambahan juga dilakukan untuk setiap sukan yang memerlukan.
Sesi kaunseling dan Psikologi Sukan
Pegawai psikologi di sini mempunyai jadual latihan mental dan psikologi sukan untuk sukan yang memerlukan perkhidmatan ini. Selain itu pegawai juga diperlukan untuk membantu Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk kem-kem atlet sebelum bermulanya Sukan Malaysia.
Khidmat nasihat dan pemberian makanan tambahan
Memberi penerangan kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk menu kem dan pembelian makanan tambahan. Selain itu semua acara atau majlis melibatkan atlet memerlukan pegawai pemakanan mengatur menu makanan untuk majlis tersebut. Khidmat nasihat ini juga melibatkan atlet terutamanya bagi sukan yang memerlukan makanan tambahan yang spesifik.
Latihan gimnasium
Latihan gimnasium dikelolakan oleh tiga (3) orang jurulatih mengikut agihan sukan masing-masing.
Mandian Ais
Perkhidmatan ini dilakukan kepada atlet negeri.
Ceramah Pemakanan
Sesi khas untuk jenis sukan tertentu dilakukan untuk penerangan terperinci berkaitan pemakanan sukan. Ceramah pemakanan atau ‘nutrion talk’ lazimnya dibuat pada hari Sabtu atau Ahad selama dua jam. Ceramah tersebut melibatkan aturan minuman dan sebagainya diajar dengan lebih terperinci kepada atlet.
Talent ID
Membantu menjayakan ujian kecergasan untuk program pencarian bakat baru melibatkan murid-murid sekolah di Pulau Pinang.
Program-program pendidikan sains sukan
Semua program pendidikan kepada jurulatih negeri atau kakitangan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dilaksanakan oleh Pusat Satelit ISN Pulau Pinang.
Khidmat nasihat dan pemantauan periodisasi
Periodisasi sukan negeri disemak oleh Ketua Pusat Satelit ISN Pulau Pinang.
Khidmat nasihat sains sukan
Membantu persatuan sukan tempatan seperti panel temuduga Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) untuk pemilihan jurulatih baru.
Perubatan Sukan
Mempunyai juruurut sukan dari China. Ini adalah permintaan dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang memerlukan perkhidmatan perubatan sukan di negeri ini. Pusat Satelit ISN Pulau Pinang juga ditugaskan membentuk satu pasukan perubatan sukan terdiri daripada doktor, jururawat, pembantu perubatan, fisioterapi sukan dan juruurut sukan ke kejohanan SUKMA pada setiap tahun.
HUBUNGI KAMI
Alamat :
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang,
Off Jalan Sultan Azlan Shah,
11700 Batu Uban,
Pulau Pinang.
Tel : 04-6606032/6606033
Faks : 04-6606031
Waktu operasi :
Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi – 5.00 ptg)