Program Talent Outreach ISN

Latar Belakang

Program Talent Outreach ISN berkonsepkan pendedahan dan penglibatan sukan dalam kalangan masyarakat pada peringkat awal.

Program ini mendapat sokongan yang baik oleh pemegang taruh yang lain seperti Majlis Sukan Negeri, Persatuan Sukan Negeri dan juga Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (MSN).

Program ini merangkumi  8 jenis sukan iaitu;

  • Bola sepak
  • Ragbi
  • Silat
  • Karate
  • Renang
  • Badminton
  • Memanah
  • Olahraga

 Objektif Program

Memperluaskan pendedahan dan penglibatan sukan di kawasan luar bandar/ kurang pendedahan sukan melalui jurulatih yang bertauliah dan menitikberatkan aplikasi sains sukan dan perubatan sukan.

Meningkatkan peluang peserta yang berbakat dengan pendedahan latihan secara sistematik pada peringkat awal supaya bakat tidak tercicir.

Memperkenalkan sains sukan dan perubatan sukan dalam pembentukan dan pembangunan atlet di peringkat awal.

Justifikasi Program

Pendedahan awal kepada sukan memerlukan struktur pembangunan bakat secara sistematik yang didukung oleh aspek-aspek kejurulatihan, kemudahan dan peralatan yang lengkap sebagai ekosistem pembangunan demi mengembangkan kemahiran yang sedia ada. Salah satu faktor pemangkin ialah persekitaran semulajadi sukan (natural sports surrounding) yang wujud dalam masyarakat dan kemudiannya dioptimumkan melalui program pembangunan.

Program Talent Outreach ISN menunjukkan pencapaian peserta bukan sahaja diberi pendedahan sukan, mereka yang berbakat juga telah dipilih untuk mewakili sukan / daerah / negeri dalam kejohanan anjuran Majlis Sukan-Sukan Sekolah dan kejohanan mengikut peringkat umur yang lain. Terdapat juga segelintir yang cemerlang dan berjaya mendapat pingat-pingat dalam kejohanan yang disertai.

Program ini dapat menyumbang kepada masyarakat dengan mencetus budaya budaya sukan di komuniti, seterusnya member manfaat kesihatan untuk jangka masa panjang. Penglibatan sukan dari peringkat muda juga dapat mengurangkan kecenderungan penglibatan remaja dan belia dalam gejala sosial. Sukan juga member pentas untuk pembangunan komuniti dan seterusnya kesejahteraan serta perpaduan rakyat.

Program Talent Outreach ISN juga memberi manfaat kepada kalangan komuniti risiko tinggi dan B40 luar bandar, dengan sasaran jangka masa panjang untuk golongan-golongan yang terbabit mencapai kegemilangan hidup menerusi bakat sukan, seterusnya mengalami mobiliti sosial menerusi proses tersebut.

 Pelaksanaan Program

Pemilihan jurulatih: Pemilihan berdasarkan kriteria dari segi pengalaman sebagai jurulatih di samping mempunyai sijil atau lesen kejurulatihan yang diiktiraf.

Peserta program:

  • Peserta akan menjalani latihan secara mingguan sebanyak 12 jam sebulan .
  • Tiada unsur pemilihan dan penyingkiran peserta.
  • Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk peserta program.
  • Pendaftaran di buka sepanjang tahun.
  • Peserta dilindungi insurans

Taburan Pusat Latihan

Jadual Pusat Latihan

WordPress Responsive Table

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi: [email protected].