PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji:
- Memastikan permohonan perkhidmatan sains sukan dan perubatan sukan yang diterima, diberikan maklum balas dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan.
- Melaksanakan sekurang-kurangnya 80% daripada pelan prestasi yang menjawab jurang prestasi atlet mengikut sukan dan kumpulan sukan seperti dirangka.
- Memastikan perkhidmatan sains sukan berteraskan amalan dan bukti saintifik.
- Mengaplikasikan amalan perkhidmatan sains sukan yang bersesuaian kepada pemegang taruh berkonsepkan amalan terbaik bagi sukan prestasi tinggi.
- Menyediakan perkhidmatan yang cekap, fokus dan mesra pelanggan.
- Berusaha untuk mencapai:
- Masa menunggu untuk berjumpa doktor ≤ 60 minit.
- Kes-kes baharu kecederaan sukan akut akan diberi rawatan dalam tempoh masa 24 jam
- Mencapai sekurang-kurangnya 75% tahap kepuasan peserta terhadap pengendalian, penyampaian dan kemudahan program.
- Memastikan keputusan kursus Sains Sukan Tahap I, II dan III boleh dilayari di laman web isn.gov.my atau coachingacademy.isn.gov.my sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari waktu bekerja daripada tarikh tamat kursus.
- Memastikan sijil sains sukan dikeluarkan selewat-lewatnya enam puluh (60) hari bekerja selepas keputusan diumumkan di dalam laman web serta menyediakan sijil jurulatih (SPKK) dalam tempoh tiga (3) bulan (bergantung kepada pihak persatuan sukan kebangsaan) setelah lesen diterima oleh pihak pelanggan.
- Memastikan proses bayaran dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dengan syarat dokumen adalah lengkap.
- Memastikan pengeluaran pesanan jabatan/tempatan untuk perolehan sama ada tender/sebut harga rasmi/pembelian terus dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kelulusan dan permohonan lengkap.
- Memastikan amalan kualiti terbaik disemak sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
- Memberi maklum balas aduan pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.
- Menyelaras, merancang dan menulis penyataan akhbar/temu bual/siaran media dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.