BUKIT JALIL, 31 MEI 2018 – Institut Sukan Negara (ISN) telah menghantar tiga orang pegawai bagi mengikuti Kursus Pensijilan Pengurus Pengetahuan (Certified Knowledge Manager, CKM) sebagai satu inisiatif yang diambil untuk memastikan Knowledge Management (KM) dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kursus CKM ini merupakan kursus pensijilan yang diiktiraf oleh Knowledge Management Institute, USA. Kursus ini adalah bertujuan untuk mengubah organisasi ke arah persekitaran pembelajaran yang pantas (rapid-learning) dan memberikan pendedahan serta pengenalpastian kaedah pengurusan pengetahuan yang betul dan sistematik.
Objektif utama kursus ini adalah untuk melahirkan Pengurus Pengetahuan (CKM) yang berkebolehan dalam mengenal pasti pengetahuan kritikal dan mempunyai nilai yang berharga serta melahirkan pegawai KM yang dapat mengenal pasti kaedah dan sistem yang boleh digunakan oleh organisasi bagi menyelesaikan masalah, mengurangkan kos dan membolehkan penciptaan inovasi yang baharu melalui proses perkongsian pengetahuan dan mekanisme pengurusan pengetahuan.
Satu sesi penyampaian sijil kepada tiga orang Pengurus Pengetahuan (CKM) tersebut telah diadakan pada majlis perhimpunan Institut Sukan Negara (ISN). Tiga pegawai tersebut adalah Encik Mohd Zaid bin Mohd Ghazali, Puan Zarinawati bt Malik dan Puan Nor Azian bt Khalid@Abd. Malek. Sesi penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Mohd Khairi bin Zawi, Ketua Pegawai Eksekutif ISN.
#ISNPERFORMANCEKNOWLEDGE