Pencapaian Piagam Pelanggan

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji:

1. Menyedia dan menjalankan pemeriksaan dan rawatan perubatan untuk ahli sukan dengan menggunakan kaedah dan langkah saintifik bagi membantu meningkatkan prestasi atlet dalam tempoh masa yang kami jangkakan.

2. Mengenal pasti dan membentuk bakat-bakat baru diperingkat akar umbi dengan pendekatan dan penerapan sains sukan bagi menghasilkan prospek bintang sukan Negara pada masa hadapan.

3. Menyediakan perkhidmatan sokongan, nasihat, perundingan dan sumber rujukan yang berkaitan dalam bidang sains, perubatan dan teknologi sukan kepada atlet dan penggiat-penggiat sukan Negara dengan saintifik dan jelas.

4. Menjadi pusat maklumat dan pusat sumber sukan negara bagi tujuan pengumpulan, penyimpanan, penerbitan dan penyebaran maklumat sukan serta penyelenggaraan rekod mengenai semua perkara yang berhubung dengan sukan negara secara tepat dan menyeluruh.

5. Menjalankan dan menyelaras aktiviti penyelidikan, inovasi dan pembangunan profesional dalam bidang sains sukan, perubatan sukan dan bidang lain yang berkaitan mengikut fasa yang telah kami tetapkan