PELAKSANAAN MYTID PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Kerajaan telah mengambil langkah yang bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara sukan (sporting nation).  Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan Siri 16 Bil. 1/2014 bertarikh 4 September 2014  telah bersetuju supaya Institut Sukan Negara (ISN) bekerjsama dalam melaksanakan Program MyTID bersama KPM.

MyTID merupakan satu program di peringkat akar umbi yang menggabungkan pencarian dan pembangunan bakat yang bertujuan dalam membentuk bakat-bakat baru ini ke sukan-sukan yang bersesuaian. Ia adalah gabungan dua program sedia ada iaitu Pembangunan Bakat Institusi Sukan Negara (ISN) dan Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk murid sekolah oleh Kementerian Pendidikan.

photo

photo

photo

photo

photo

Pelajar sekolah yang dikenal pasti dalam ujian saringan tersebut akan di tempatkan di Pusat Multilateral. Pelan pelaksanaan MyTID ini adalah dalam tempoh lima tahun,  bermula dari murid-murid tujuh tahun.

Bateri ujian membabitkan dua (2) komponen ujian iaitu pengukuran antropometrik iaitu pengukuran ketinggian serta berat badan dan ujian kecergasan bagi mengukur kelenturan iaitu jangkauan melunjur; kelajuan iaitu 20 meter lari pecut; kuasa iaitu lompat jauh berdiri dan koordinasi iaitu baling serta tangkap.

Jumlah murid Tahun 1 (umur 7 tahun) 2015 yang telah mengikuti program MyTID adalah 100,000 dan hanya 20 peratus dari 100,000 populasi yang diuji akan dipilih untuk mengikuti Program Multilateral 2015. Di Terengganu sebanyak 56 buah sekolah dari 8 daerah telah dikenalpasti bagi menjayakan program ini. Seramai 4,863 murid telah diuji pada hari pelaksanaan tersebut.

Sebelum pelaksanaan MyTID ini, Pusat Satelit ISN Terengganu dengan kerjasama JPNT telah menganjurkan dua siri bengkel  Training of Trainers (TOT) untuk para guru yang terlibat sebagai penguji MyTID. Siri pertama telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Kemaman pada 24 Ogos 2015 dan siri kedua diadakan di Scout Inn, Teluk Ketapang, Kuala Terengganu pada 26 Ogos 2015.

Tujuan bengkel TOT ini ialah untuk memberi penerangan mengenai pelaksanaan program MyTID, penerangan mengenai prosedur pengukuran antropometrik, ujian kecergasan SERTA PROSES KEMASUKKAN DATA UJIAN MENGGUNAKAN SISTEM YANG TELAH DIBANGUNKAN. – TEORI N PRAKTIKAL-

Disediakan oleh :
Norida Barudin
Pusat Satelit ISN Terengganu