Institut Sukan Negara melalui Unit Dasar dan Perhubungan Antarabangsa, Pusat Direktorat telah menganjurkan ‘Majlis Semekar Kasih, Sekalung Budi’ sempena persaraan YBhg. Dato’ Hj. Harun bin Che Su, Mantan Tîmbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pada 28 Februari 2017 yang lalu, bertempat di Hotel Dorsett, Putrajaya.
Majlis ini adalah bertujuan bagi meraikan YBhg. Dato’ Hj. Harun, salah seorang ahli Lembaga Institut yang telah bersara wajib daripada perkhidmatan awam pada 10 Januari 2017. YH Dato’ Sri Mohamad Norza bin Zakaria dalam ucapannya berkata, majlis yang diadakan ini adalah satu tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada YBhg. Dato’ Hj. Harun atas perkhidmatan dan sumbangan beliau selama di KBS amnya dan di dalam Lembaga Institut khasnya.
Majlis ini turut dihadiri oleh ahli – ahli Lembaga Institut dan barisan pengurusan tertinggi ISN dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.
Oleh : Azeera Natasha binti Mohd Noor Azmi