MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA INSTITUT SUKAN NEGARA MALAYSIA DAN KOMITE OLAHRAGA NASIONAL INDONESIA PROVINSI SUMATERA UTARA

Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 12 April 2023 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Institut Sukan Negara (ISN) Malaysia dan Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) Provinsi Sumatera Utara telah berlangsung pada petang ini dan disempurnakan oleh wakil kedua-dua organisasi iaitu Encik Ahmad Faedzal Bin Md Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara dan Encik John Ismadi Lubis, Ketua Umum, Komite Olahraga Nasional Indonesia Provinsi Sumatera Utara.

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah turut sama menyaksikan majlis menandatangani memorandum tersebut yang juga dihadiri oleh Ir. Arief Sudarto Trinugroho, MT, Sekretaris Daerah Provinsi Sumatera Utara.

ISN adalah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang merupakan peneraju utama kepada pembangunan kemajuan dan kecemerlangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara. Memorandum persefahaman ini akan memperkukuh kolaborasi antara kedua-dua pihak terutamanya dalam bidang prestasi sukan, perubatan sukan dan pendidikan. Kedua-dua pihak juga akan meneroka dengan lebih mendalam program serta inisiatif dalam bidang pendidikan kejurulatihan berteraskan elemen sains, perubatan dan teknologi sukan sejajar dengan pengiktirafan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), ISN sebagai ASEAN Center of Excellence dalam bidang kejurulatihan sukan.

Jalinan kerjasama ini juga mendukung semangat komuniti ASEAN dalam sektor sukan terutamanya dalam terus memperkukuh hubungan bilateral antara Malaysia dan Indonesia.

INSTITUT SUKAN NEGARA12 April 2023