Atlet dinasihatkan mengutamakan pemakanan yang sihat sepanjang musim perayaan ini.
Siapakah yang mampu menolak daripada menikmati pelbagai hidangan enak seperti lemang, ketupat dan rendang di hari raya? Inilah saaat untuk menjamu selera setelah 30 hari menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadan.
Bagi mengelak daripada terlebih makan, pesan kepada diri agar berhenti makan sebelum kenyang. Cukuplah sekadar merasai juadah yang disediakan daripada menyesakkan perut anda walaupun dikelilingi dengan pelbagai jenis makanan yang mungkin ditemui setahun sekali.
Begitu juga kepada para atlet, keutamaan untuk mengawal dan mengekalkan pemakanan yang sihat adalah penting sepanjang musim perayaan ini. Tip berikut boleh digunakan ketika bertandang ke rumah terbuka :
- Pastikan anda tidak berkunjung ke rumah terbuka dalam keadaan lapar. Ini kerana, ketika lapar kita pasti akan mengikut nafsu untuk mengambil makanan yang banyak
- Utamakan makanan berkhasiat. Banyakkan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan minuman jus.
- Kawal jumlah makanan. Ambil makanan yang pelbagai dalam kuantiti sedikit agar anda dapat merasai sajian yang terhidang. Gunakan piring kecil agar makanan yang diambil nampak banyak.
- Kawal pemakanan yang teratur. Pastikan pemakanan harian anda kekal teratur mengikut waktu dan keperluan sepertimana biasa.
- Maklumkan!. Sama ada kepada ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, pastikan anda memaklumkan objektif pemakanan anda sebagai seorang atlet. Mungkin mereka juga akan dapat memahami situasi anda dan turut sama memberi galakkan kepada anda.
Ingati kembali tujuan kunjung-mengunjung di hari lebaran daripada hanya fokus kepada makanan semata-mata. Kekalkan tradisi zaman berzaman untuk mengeratkan silaturrahim dan saling maaf-bermaafan.
Berikut adalah maklumat kandungan kalori lemang, ketupat, serunding, lontong dan pelbagai makanan lazat di hari raya. Untuk panduan bersama;
* merujuk kepada Makanan > Saiz Hidangan > Kalori
- Ketupat > 1 biji (80g) > 88
- Ketupat Palas > 1 biji (80g) > 124
- Lemang > 1 Potong (Sederhana) > 82
- Lontong Sayur > 1 Mangkuk > 350
- Soto Ayam > 1 Mangkuk > 403
- Laksa > 1 Mangkuk > 550
- Serunding Daging > 55g (1 genggam kecil) > 200
- Serunding Ayam > 55g (1 genggam kecil) 180
- Rendang Ayam > 1 ketul dgn kuah > 148
- Rendang Daging > 2 potong sederhana dgn kuah > 112
- Nasi putih > 1 genggam tangan > 150
- Nasi Briyani > 1 Pinggan (2 genggam)> 487
- Nasi Himpit > 5 potong > 150
- Mee-hoon Goreng > 1 pinggan kecil > 295
- Teh Tarik > 1 Gelas > 90
- Nescafe Tarik > 1 Gelas > 100
- Kopi-O Kosong > 1 Gelas > 2
- Minuman Ringan > 1 Gelas > 85
- Air Kosong > 11 Gelas > 0
- Air Sirap > 1 Gelas > 85
- Kuih Tart Nenas > 1 Tart Kecil > 50
- Biskut Raya (secara am) > 1 biji > 25
- Dodol > 1 potong > 71
- Kuih Lapis > 1 potong > 132
- Tapai Pulut > 1 biji > 134
- Ais Krim > 1 scoop biasa > 95
- Kurma > 1 biji besar > 60
- Cheese Cake > 1 potong sederhana > 240
- Kek Coklat (Fudge) > 1 potong sederhana > 250
- Kek Coklat (Sponge) > 1 potong sederhana > 180
SELAMAT HARI RAYA! 😀 #TeamISN #TeamKBS