"Peneraju Kecemerlangan Sains, Perubatan dan Teknologi Sukan"
Institut Sukan Negara (ISN) adalah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan peneraju kepada pembangunan kemajuan dan kecemerlangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara. Kecemerlangan dan kejayaan terhadap peningkatan prestasi atlet dan sukan negara menjadi fokus utama ISN kerana kejayaan melahirkan atlet bertaraf dunia melalui penerapan elemen sains sukan dan perubatan sukan yang bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah menjadi seorang atlet bertaraf dunia. ISN dengan ini mempelawa pemohon-pemohon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan ini untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Institut Sukan Negara :-
PEMBANTU PENGURUSAN KANAK-KANAK GRED 19
PENYELIA TASKA GRED 29
PENGURUS TASKA GRED 41
SYARAT LANTIKAN
Syarat lantikan secara terperinci berserta maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperolehi dengan memuat turun fail pdf pada jawatan tertulis.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
- Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat dan dihantar selepas tarikh tutup iklan, akan DITOLAK.
- Hanya pemohon yang dipanggil TEMU DUGA sahaja perlu membawa dokumen-dokumen asal, sijil dan salinan yang telah disahkan.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
CARA MEMOHON
Muat turun borang permohonan disini (Muat turun borang)
Permohonan yang lengkap perlu diemel kepada:
Emel:kerjaya@isn.gov.my
(Untuk Perhatian : Puan Chitra Devi Arumugam)
Sebarang Pertanyaan sila hubungi :- 03-8991 4532 ( Unit Perkhidmatan )
Tarikh Tutup Permohonan adalah sebelum atau pada 21 Ogos 2024 (Rabu)