JANGAN MALAS JAGA KESIHATAN

Sebenarnya bukan jantina yang menentukan seseorang itu sama ada rajin menjaga kesihatan atau tidak. Baik lelaki mahupun wanita, sebenarnya semua ini bergantung kepada sikap. Sikap yang menentukan kepekaan kita pada kesihatan. Sebagai lelaki, kami percaya anda juga ada cara tersendiri untuk menjaga kesihatan. Teruskannya! Semoga tip-tip ini juga membantu.

 

TINGKATKAN AKTIVITI FIZIKAL DITEMPAT KERJA

Tiada alasan untuk tidak bergerak cergas semasa kerja. Ada tiga cara ringkas yang boleh anda lakukan jika berhasrat untuk kekal cergas ketika bekerja.

  • Gunakan masa pagi untuk lebihkan aktiviti berjalan kaki. Parkir kereta beberapa blok jauh dari pejabat berjalanlah. Nampak ringkas tapi anda tidak akan sedar yang anda mungkin sudah berjalan beratus-ratus langkah.
  • Anda ingin berbincang dengan rakan? Lupakan emel, whatsapp and chat. Berjalanlah untuk bertemunya dan berbual sambil berdiri. (Tapi jangan terlalu lama, bimbang boss memikirkan anda çuri tulang’ pula).
  • Gunakan squeeze ball setiap kali anda berkesempatan. Ia bagus untuk menguatkan otot lengan dan tangan. Bahkan ia juga membantu melawan stres.

 

KEEP TRACK

Anda mungkin tidak sedar berapa banyakkah anda sudah berjalan dalam sehari. Itu belum dikira langkah menaiki tangga lagi. Sebaiknya, belilah alat kecergasan yang boleh menyimpan data langkah anda dalam sehari. Ada banyak jenama yang mengeluarkannya waktu ini. Hanya pakai di tangan, anda boleh mengetahui jumlah langkah dan tahap kecergasan anda hari demi hari.

 

JANGAN TAHAN

Tindakan menahan kencing boleh membahayakan kesihatan. Jika anda melakukannya selama satu atau dua jam, mungkin ia tidak apa-apa. Namun jika anda memaksa tubuh menahannya dalam jangka masa yang lebih lama, adalah dikhuatiri ia akan membawa kesan buruk pada pundi kencing anda. Demikian yang diberitahu oleh Joshua Meeks, M.D, Ph.D, Pakar Urologi untuk Northwestern Medicine. Tidak mustahil anda akan menghadapi masalah dalam pembuangan air kecil sehingga menimbulkan kesakitan.

 

JAGA KULIT WAKTU BERSENAM

Anda bebas untuk melakukan apa sahaja kegiatan sukan yang anda gemar. Namun berhati-hati dengan cuacanya. Kalau suhu terlalu panas, sebaiknya gunakanlah perlindungan misalnya memakai topi, baju berlengan panjang dan seluar panjang. Memang panas namun itu lebih baik daripada cahaya matahari merosakkan kulit anda. Pilihlah material yang menyerap peluh dan tidak panas. Sapukan juga krim tabir suria terlebih dahulu.

 

Sumber: Rapi/Bil262