“ISN Recovery Centre” untuk atlet sepanjang SUKMA, Sarawak 2016

BUKIT JALIL, 15 Julai 2016 – Menjelang Temasya Sukan Malaysia XVIII Sarawak 2016, Institut Sukan Negara (ISN) akan menyediakan “ISN Recovery Center” yang merupakan perkhidmatan khas daripada Pusat Satelit ISN. Projek ini merupakan satu program inisiatif yang diambil oleh Pusat Satelit ISN yang mana ia juga akan mempromosikan perkhidmatan asas Sains Sukan, Perubatan & Teknologi Sukan kepada kontinjen Negeri – Negeri yang menyertai SUKMA Sarawak.

Tujuan utama “ISN Recovery Centre” ini adalah untuk membantu atlet-atlet di dalam mempercepatkan “Physiological Recovery Process” sepanjang latihan dan pertandingan. Perkhidmatan ini akan disediakan di perkampungan sukan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Perkhidmatan yang ditawarkan adalah “Sports Massage” dan “Recovery Snacks” di mana pegawai Pusat Satelit ISN negeri yang bertanggungjawab di dalam mengendalikan perkhidmatan ini.

“ISN Recovery Center” ini untuk memberi perkhidmatan secara “soft tissue recovery” dan fisiologi dalam bentuk jus dan snek. Ia menitik beratkan keperluan makanan dan minuman serta pemulihan untuk semua kontinjen yang menyertai temasya dwitahunan tersebut di samping mempromosikan salah satu bidang tugas ISN ( Pemakanan Sukan ) kepada atlet-atlet yang terlibat.

Fungsi utama “ISN Recovery Centre” adalah untuk pemulihan selepas latihan atau pertandingan sangat penting kepada seseorang atlet bagi mengembalikan tenaga dan pemulihan otot atau cedera. Ianya boleh didapati dalam bentuk minuman ataupun makanan ringan, selain rehat yang mencukupi. Selain itu juga, secara tidak langsung memberi pendedahan pentingnya aspek pemulihan dalam sukan.

Biasanya atlet dan orang biasa akan memilih snek makanan yang berlemak dan tinggi kandungan gula kerana mudah dan cepat diperolehi. Sebenarnya , ada snek makanan yang cepat, mudah dan sihat yang boleh diambil oleh seorang atlet sekiranya ingin mengoptimumkan pemulihan selepas latihan. Jadi pembukaan “ISN Recovery Centre” ini dapat memberi pendidikan kepada para atlet dan pengurusan mengenai contoh-contoh snek pemulihan yang sesuai kepada atlet.

Diharapkan, dengan adanya “ISN Recovery Center” dapat mendidik atlet mengaplikasikan pemulihan melalui kaedah makanan dan rehat yang cukupnya bagi menjamin kualiti latihan dan pertandingan. Selain itu, dapat memperkenalkan kepada atlet dan pengurusan sukan setiap kontinjen berkenaan peranan pemakanan sukan dan kepentingannya kepada prestasi atlet.

 

‪#‎TeamISN
‪#‎SainsSukan
‪#‎PemakananSukan
‪#‎ISNRecoveryCenter
‪#‎SUKMA2016