Kuala Lumpur, 11 Ogos 2025 – Institut Sukan Negara (ISN) telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Menara PERKESO, Jalan Ampang, pagi ini.
Sesi pertemuan yang berlangsung pada jam 9.00 pagi ini turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Aziz Mohammed; Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr. Vellapandian Ponnusamy; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), En. Jefri bin Ngadirin; serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Perubatan Sukan ISN.
Pertemuan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama strategik antara ISN, MSN dan PERKESO demi meningkatkan kebajikan serta sokongan rehabilitasi kepada atlet negara. Antara fokus perbincangan termasuk:
Mengukuhkan kerjasama melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara PERKESO–ISN–MSN.
Membincangkan cadangan pelantikan Pusat Perubatan Sukan Negara (PPSN) sebagai Pusat Satelit / Rakan Strategik PERKESO.
Penambahbaikan proses permohonan kemudahan PERKESO untuk atlet negara.
Kerjasama ini dijangka membuka ruang kepada integrasi kepakaran dalam bidang perubatan sukan, rehabilitasi dan pemulihan, seterusnya memberi impak positif terhadap prestasi dan kesejahteraan atlet negara.