Institut Sukan Negara(ISN) telah memeriahkan Majlis Meraikan Kemenangan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) pada 4 Disember 2016 bertempat di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur. Majlis yang gilang gemilang ini di adakan bertujuan untuk meraikan pemain bola sepak pasukan mereka yang telah melayakkan diri ke Liga Perdana musim hadapan selepas muncul juara Liga FAM 2016 baru-baru ini.
Kehadiran TeamISN pada majlis ini bertujuan mengadakan pameran berkaitan pemakanan sukan di mana pegawai pemakanan kami melakukan sesi rundingan pengambilan makanan secara sihat kepada pengunjung-pengunjung yang hadir pada majlis ini. TeamISN turut ditemani oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, Sekretariat Sukan Sea dan lain-lain semasa program ini berlangsung.
Turut hadir pada majlis ini adalah Menteri Kesihatan Malaysia, YB. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB. Datuk M. Saravanan dan beberapa tetamu kehormat yang lain.
Untuk rekod, pasukan MISC-MIFA akan diiringi pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC ke Liga Perdana musim depan.