ISN mantapkan Pusat Satelit

30 Mei 2016 (Isnin) – Institut Sukan Negara (ISN) telah menganjurkan Seminar Pemantapan Pusat Satelit 2016 yang berlangsung dari 27 – 29 Mei 2016. Seminar yang dihadiri oleh 28 peserta yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Pusat Satelit ISN dari seluruh Negara.

Seminar ini bertujuan untuk menyelaras, mengemaskini dan memantapkan perkhidmatan dan pengurusan Sains dan Perubatan Sukan yang dilaksanakan di pusat- pusat satelit ISN.

Majlis perasmian dan penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Khairi Zawi , Ketua Pegawai Eksekutif ISN. Turut hadir En, Zawawi Zakaria, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ISN dan Pengarah Bahagian Prestasi Sukan En. Vellapandian Ponnusamy.

Setakat ini sebanyak 11 Pusat Satelit ISN ditubuhkan di seluruh negara yang dilihat penting dalam penerapan ilmu sains dan perubatan sukan kepada masyarakat.

Setiap pusat satelit ISN kini dilengkapi kemudahan terkini, termasuk dikawal selia oleh pegawai-pegawai sukan yang dapat membantu meningkatkan pembangunan dan latihan para atlet di peringkat negeri. Pusat ini digunakan untuk para atlet berlatih selain diberi nasihat mengenai sains sukan yang terbaik untuk membantu proses latihan mereka.

Selain itu, perkhidmatan yang turut disediakan di pusat satelit ini ialah ceramah dan kelas pemakanan, pendidikan sukan, ujian kecergasan, sesi suaian fizikal serta ceramah motivasi dan kaunseling.

Tahun 2016, dilihat tahun yang penting bagi pusat-pusat satelit ISN diseluruh negara bagi mempersiapkan atlet-atlet negeri menjelang Sukan Malaysia (SUKMA 2016).

Diharapkan hasil dari seminar ini dapat memantapkan lagi perkhidmatan Pusat Satelit ISN di negeri-negeri dalam memacu kemajuan sukan Negara.

‪#‎TeamISN
‪#‎PusatSatelit
‪#‎ISNMalaysia