FUNGSI

Fungsi Institut adalah:
  • untuk menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang berkenaan dengan aspek saintifik berhubung dengan prestasi atlet;
  • untuk merumuskan, mengesyorkan dan mengkaji semula kaedah dan langkah saintifik yang meningkatkan prestasi atlet;
  • untuk bekerjasama dengan mana-mana entiti Kerajaan, institusi pengajian tinggi awam atau swasta, badan sukan atau mana-mana organisasi dalam program untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan;
  • untuk menyediakan perkhidmatan saintifik, nasihat, perundingan dan perkhidmatan yang berkaitan dalam sains sukan dan perubatan sukan;
  • untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana orang, badan atau organisasi yang terlibat dalam pembangunan sains sukan dan perubatan sukan, di dalam dan di luar Malaysia;
  • untuk menyediakan dan menjalankan pemeriksaan dan rawatan perubatan yang perlu untuk ahli sukan;
  • untuk menjadi pusat maklumat, pusat sumber dan pusat rujukan bagi sains sukan dan perubatan sukan;
  • untuk mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan maklumat dan menyenggara rekod mengenai semua perkara yang berhubungan dengan aspek saintifik prestasi atlet;
  • untuk menjalankan dan menyelaraskan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam bidang sains sukan, perubatan sukan dan bidang lain yang berkaitan yang difikirkannya perlu; dan
  • untuk melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.