#FitMalaysia #FitKedah

#FitMalaysia #FitKedah 22.10.16 yang berlangsung di Institut Peguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah mendapat sambutan cukup luar biasa dengan lebih 10,000 peserta daripada pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat menyertai acara tersebut.

Seawal pukul 7 pagi, para peserta yang datang dari seluruh negeri Kedah mula berkumpul bagi menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan.

Selain acara utama iaitu larian sejauh lima dan 10 kilometer (km) serta kayuhan basikal bagi kategori 10km dan 30km, program berkenaan turut diserikan dengan pameran #TeamISN yang bertujuan mempromosikan aplikasi sains, perubatan & teknologi sukan dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya Fit Kitchen yang mempromosi menu sihat kepada para pengunjung. Turut mendapat sambutan hangat adalah perlumbaan Watt Bike.

Pada masa sama, para peserta turut mengikuti pelbagai aktiviti senaman lain seperti senamrobik, zumba dan aktiviti kecergasan di sekitar padang Institut Perguruan tersebut.

Tahniah warga Kedah! Jom amalkan gaya hidup sihat!

FitMalaysia Fun Ride
FitMalaysia Fun Ride
FitMalaysia Fun Run
FitMalaysia Fun Run
ISN Wattbike Challenge
ISN Wattbike Challenge
Nabil Jeffri turut bersama-sama meriahkan Booth #TeamISN
Nabil Jeffri turut bersama-sama meriahkan Booth #TeamISN
#TeamISN
#TeamISN