BUKIT JALIL, 6 JANUARI 2020: Bagi memperkasakan perjalanan Institut Sukan Negara (ISN) dalam memacu kecemerlangan sukan negara, dua muka baharu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dilantik membarisi Ahli Lembaga ISN bagi penggal ke-lima 2019-2021.
Dua muka baharu tersebut terdiri daripada Datuk M Noor Azman bin Taib, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan dan Prof. Ir. Dr. Jamaluddin Bin Mahmud, Profesor Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Univeristi Teknologi Mara.
Ahli Lembaga Institut Sukan Negara (ISN) mengadakan mesyuarat pertama bagi tahun 2020 di ISN, Bukit Jalil yang dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga ISN, Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad petang tadi.
Selain menilai prestasi dan strategi penggal terdahulu, pada mesyuarat tersebut Ahli Lembaga Institut Sukan Negara telah meluluskan Bajet 2020 Institut Sukan Negara yang lebih memfokuskan kepada persiapan atlet-atlet negara ke temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.
Dalam mesyuarat yang sama, Rang Pelan Strategik Institut Sukan Negara 2020-2030 telah diluluskan. Pelan yang merupakan dokumen hala tuju strategik Institut Sukan Negara untuk tempoh sepuluh tahun. Pelan ini juga menjadi asas kepada Institut Sukan Negara untuk membentuk organisasi yang mampan sebagai agen penggerak transformasi sukan yang diterajui sains, perubatan dan teknologi sukan.
Ahli Lembaga Institut.
Pengerusi
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Rahmat bin Mohamad
Ahli
YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib
YBrs. Encik Ahmad Faedzal bin Md Ramli
YBhg. Datuk Dr. Hj. Rohaizat bin Hj. Yon
YBrs. Encik Zainal bin Abas
YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Shapawi bin Ismail
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Shamala a/p K. Subramaniam
YBrs. Tuan Hj. Ali Hassan bin Mohd Hassan
YBrs. Dr. Kok Lian Yee
YBrs. Encik Amiruddin bin Abdul Shukor
YBhg. Prof. Ir. Dr. Jamaluddin bin Mahmud