Bukit Jalil, 28Jun 2016 (Selasa) – Perhimpunan Bulanan Institut Sukan Negara (ISN) bulan Jun yang telah berlangsung di Dewan Perdana ISN Bukit Jalil telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ISN, YBhg. Dr. Khairi Zawi.
Dalam ucapannya, Dr. Khairi sangat berpuas hati dan mengucapakan tahniah atas acara-acara sukan, aktiviti-aktiviti dan penglibatan pihak ISN yang begitu komited dalam melaksanakan tugas bagi memastikan kejayaan atlet-atlet sukan negara kita.
Di samping itu, Lawatan Kolaborasi antara Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang telah dijalankan bagi membincangkan jalinan kerjasama dari segi kesihatan, sains dan sukan. Beliau berharap inisiatif ini sebagai satu batu loncatan dalam misi menaikkan mutu industri sukan tanah air.
Selain itu, seramai 27 orang atlet podium dari pelbagai sukan menyertai Bengkel Media yang dianjurkan oleh Bahagian Podium, ISN dengan kerjasama Sports Warrior Global di Dewan Komanwel, ISN. Bengkel ini bertujuan mendedahkan atlet cara berkomunikasi secara profesional dengan pihak media dan mereka juga di beri pendedahan melalui sesi ‘Live simulated demonstration’. Diharap dengan bengkel ini dapat membantu atlet-atlet negara untuk berkomunikasi dengan lebih baik, terutama apabila berhadapan dengan pihak media khususnya.
Beliau juga berharap di bulan yang mulia ini warga ISN dapat mengambil peluang ini untuk kita saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi perhubungan silaturahim yang sedia terjalin.
Sebelum mengakhiri ucapan, Dr. Khairi mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Institut Sukan Negara.
Seterusnya, antara pengisian program perhimpuanan bulanan kali ini ialah Penghargaan Pekerja Cemerlang. Syabas dan tahniah diucapkan Dr. Zakiy Bin Jamalul-Lail yang telah dinobatkan sebagai Pekerja Cemerlang Kategori Pegawai bulan Jun. Bagi Kategori Anggota, tahniah diucapkan kepada En. Faizul Amri Bin Zaibidi dan En. Mohd Abd Wahab Bin Husain yang telah dinobatkan sebagai pekerja cemerlang bagi bulan Jun. Semoga kecemerlangan dan momentum ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.
Majlis telah diakhiri dengan sambutan Hari Lahir bagi Pegawai & anggota ISN yang menyambutnya pada bulan Jun dan penyampaian hadiah kepada pemenang bertuah.