[image type=”rounded” src=”30552″ alt=”” href=”” title=”” info_content=”” lightbox_caption=”” id=”” class=”” style=””][text_output]

MR. ROHAN A/L GANASON
Head of Corporate Center

[/text_output]
[image type=”rounded” src=”10219″ alt=”” href=”” title=”” info_content=”” lightbox_caption=”” id=”” class=”” style=””][text_output]

MR. ZULKARNAIN SHAZRAIN BIN AIZAM
Head of Corporate Management Unit

[/text_output]
[image type=”rounded” src=”10124″ alt=”” href=”” title=”” info_content=”” lightbox_caption=”” id=”” class=”” style=””][text_output]

(Empty)
Head of Foresight Unit

[/text_output]
[line id=”” class=”mtn” style=””]
[text_output]

FUNGSI AM

Pusat Korporat bertanggungjawab ke atas pelaksanaan empat (4) daripada 10 perkara yang dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Pengawal Agensi (Ketua Pegawai Eksekutif ISN) di bawah arahan Ketua Setiausaha Negara  bagi mempertingkatkan tadbir urus dalam sektor awam; PM(S) 17479/13 Jld 4 bertarikh 9 Mac 2007.

  1. Menerajui Matlamat Strategik Agensi
    1. Menggubal visi, misi, objektif dan program.
    2. Memaklumkannya dengan jelas kepada seluruh Agensi.
    3. Menyemak semula secara berkala.
  1. Mengurus Stakeholders
    1. Mengenal pasti profil Stakeholders, kepentingan mereka dan menjalinkan hubungan yang erat.
    2. Menilai aspek-aspek yang menjadi kepentingan Stakeholders.
    3. Menentukan strategi bagi memenuhi harapan Stakeholders.
    4. Mewujudkan mekanisma dan proses bermusyawarah dengan Stakeholders.
  1. Melaksanakan Sistem Kawalan Dalaman
    1. Mendokumen dan mengemaskinikan semua polisi, proses dan prosedur Agensi.
    2. Mengesahkan secara berterusan keberkesanan system kawalan dalaman yang sedia ada.
    3. Menyemak semula kesempurnaan kawalan dalaman dari semasa ke semasa.
  1. Melaksanakan Pengurusan Risiko
    1. Mengenal pasti konteks dan risiko yang dijangka akan dihadapai dalam pelaksanaan program Agensi.
    2. Menganalisa jenis dan tahap risiko yang telah dikenalpasti.
    3. Mengambil tindakan yang bersesuian untuk mengurang, mengelak, atau memindahkan risiko.
    4. Menyemak semula status risiko dari semasa ke semasa.
[/text_output][text_output]

UNIT PENGURUSAN KORPORAT

  1. Bertanggungjawab terhadap pembangunan, keselamatan, pengukuran prestasi dan tadbir urus laman web ISN mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.2 Tahun 2015, Garis Panduan Pengurusan Lawan Web Agensi Sektor Awam.
  2. Menjalankan skop tugasan yang digariskan di bawah Buku Panduan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) sektor awam:
    1. Tadbir Urus
    2. Pengurusan Maklumat
    3. Dasar Maklumat
    4. Perundangan Maklumat
  1. Meneraju Enterprise Architecture (EA) melalui pengurusan data aplikasi dan infrastruktur yang diterjemahkan ke dalam bentuk polisi, dasar dan standard bagi mencapai matlamat organisasi dan piawaian teknikal.
  1. Memastikan komponen-komponen (EA) iaitu:
    1. Business Architecture
    2. Application Architecture
    3. Information Architecture
    4. Infrastructure Architecture

Dilaksanakan sejajar dengan misi dan visi ISN.

  1. Menjalankan segala fungsi-fungsi tadbir urus dan pengurusan korporat yang meliputi skop tugasan-tugasan berikut:
    1. Hal Ehwal Antarabangsa
    2. Hal Ehwal Parlimen
    3. Hal Ehwal Dasar
    4. Laporan Tahunan ISN
    5. Penerbitan dan pengurusan bahan-bahan digital dan cetak
    6. Pengurusan Mesyuarat (Mesyuarat Lembaga Institut, Mesyuarat Pengurusan ISN, JPICT ISN, JPPA ISN) dan mesyuarat-mesyuarat yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  2. Menjalankan dasar-dasar dan memantau pelaksanaan di bawah garis panduan Good Regulatory Practice (GRP) yang dikeluarkan oleh Majls Produktiviti Malaysia yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

UNIT FORESIGHT

Seiring dengan ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia semasa mempengerusikan Mesyuarat Sains Negara (NSC) Bilangan 3. Tahun 2017 berkenaan pemakaian kajian ke hadapan (foresight) untuk penyediaan pelan dan perancangan organisasi yang menepati keperluan dan matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50); Unit Foresight, Pusat Korporat bertanggungjawab terhadap:

  1. Perancangan dan pengurusan program fizikal dan bukan fizikal Institut Sukan Negara (ISN) di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan Ke-12.
  2. Pembangunan tatacara Pentadbiran, Sumber Manusia dan Kewangan ISN.
  3. Pengurusan risiko (perundangan / jenama) keatas ISN.
  4. Pembangunan pelan dan pengurusan program pengkomersialan perkhidmatan-perkhidmatan dibawah ISN.
  5. Pembangunan Pelan Pengkorporatan ISN melalui penswastaan perkhidmatan dan fungsi yang terpilih.
  6. Menjalankan segala proses-proses yang membolehkan pengoperasian Pelan Pengkomersilan dan Pengkorporatan ISN.
[/text_output]