WAKTU BERSENAM YANG IDEAL

Seperti mana waktu tidur, dan waktu makan kita, bersenam juga ada waktu yang sesuai untuk kita lakukan. Waktu pagi, petang atau malam? Yang sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing.

 

Awal pagi

Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda lakukan senaman. Tapi jangan risau, bonus buat anda yang mampu lakukannya! Ini kerana senaman pagi mampu :

 

  • Melanjutkan kesegeran dan mood

Kajian yang dilakukan terhadap para pelajar yang bersenam hanya 20 minit di awal pagi mendapati kesegaran dan keceriaan mereka berterusan sehingga ke tahap 12 jam selepas melakukan senaman. Ini membuatkan orang yang bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang melaksanakan tugasan untuk sepanjang hari itu.

 

  • Membakar lebihan lemak dalam badan

Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi didapati mampu membuatkan badan membakar segala lemak berlebihan yang ada dalam badan ke tahap yang maksima.

Badan juga memproses gula dalam badan lebih baik dan membuatkan tahap penerimaan glukos dalam badan meningkat.

 

  • Memberikan tenaga lebihan sepanjang hari

Mungkin ada yang rasa bersenam waktu pagi membuatkan anda keletihan selepas itu dan kurang tenaga untuk tugasan selepasnya. Itu adalah silap menurut kajian sebenar yang dilakukan oleh pengkaji.

Mereka yang dah biasa bersenam waktu pagi sebagai amalan tetap didapati telah meningkat tenaga dan kekuatan otak berada ditahap yang tinggi dan kreatif dan itu berlanjutan sepanjang 12 jam selepas bersenam.

 

  • Aktiviti pembakaran kalori berterusan

ika anda bersenam badan membakar sebanyak 420 kalori tenaga, kajian mendapati pembakaran tenaga berterusan walau anda sudah habis bersenam sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal berpanjangan.

Berbanding jika anda tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah pergerakan anda akan menjadi lembab dan kelihatan kurang bermaya dan asyik nak lepak dan duduk saja.

Cukuplah empat faktor di atas untuk meyakinkan anda bersenam di waktu pagi. Semuanya menjurus pada tahap kecergasan maksimum sepanjang hari yang mana semua orang yang mahu bekerja perlukan untuk menjalani kehidupan yang produktif.

 

Untuk tidak memberi kejutan terlampau kepada tubuh badan untuk bersenam pada awal pagi, lakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman berat yang lain.

 

Petang, malam

Realitinya  tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam. Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda praktikkan untuk senaman sehari-harian. Petang atau malam merupakan antara waktu ideal selain pagi. Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu:

 

  • Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif dalam badan.

 

  • Seeloknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam.

 

  • Lebih manfaat  buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.

 

Lakukan senaman anda mengikut waktu yang dirasakan sesuai. Jangan pula memilih waktu yang tidak sesuai akhirnya senaman yang dilakukan tidak mampu diteruskan dek kerana tiada masa. Semuanya terpulang kepada anda untuk bertindak! Ingatlah, kesihatan tubuh badan penting untuk kualiti hidup yang lebih baik.

 

SUMBER :

http://rapi.karangkraf.com/waktu-bersenam-yang-ideal-1.216011

DISEDIAKAN OLEH : UNIT MEDIA, CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT