Rio de Janeiro, 18 Ogos 2016 – Pasangan beregu badminton negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya meraih pingat perak Olimpik setelah 20 tahun kemarau dalam kategori beregu lelaki. Kali terakhir, pasangan beregu Yap Kim Hock dan Cheah Soon Kit memenanginya pada edisi Sukan Olimpik Athens 1996.
Beregu negara terpaksa akur kepada beregu China, Fu Haifeng-Zhang Nan yang juga beregu ke-4 dunia dengan mata 21-16, 11-21 & 21-23 dalam perlawanan 3 set yang cukup sengit dan mendebarkan!
Kejayaan ini sekaligus menambahkan lagi koleksi pungutan pingat semasa Kontinjen Malaysia kepada 3 Perak dan 1 Gangsa. Malaysia berbangga dengan pecapaian anda di Sukan Olimpik #Rio2016! Tahniah Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dari seluruh warga #TeamISN.