Bukit Jalil – 13-14 April 2016 (Rabu & Khamis) – Pusat Pengurusan Penyelidikan dengan kerjasama Pusat Psikologi Sukan ISN telah menganjurkan Bengkel Statistik Pengesahan Psikometrik yang bertempat di Dewan Komanwel, ISN. Penceramah jemputan bagi bengkel ini adalah Prof. Madya Dr. Hairul Anuar Hashim dari Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kelantan.
Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai psikologi dari ibu pejabat ISN Bukit Jalil dan juga Pusat Satelit ISN telah menghadiri bengkel yang berlangsung selama 2 hari. Siri kedua akan berlangsung pada bulan September 2016 dengan topik yang lebih terperinci dan praktikal.
Oleh:
Dayang Adlina Sharine
Pusat Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan
ISN