CHERAS, 7 Februari 2017 – Perasmian Bengkel Periodisasi serta Perkhidmatan Sains Sukan dan Perubatan Sukan 2017 oleh Dr. Vellapandian AL Ponnusamy telah berlangsung pada 9 pagi tadi di Kompleks Kecemerlangan Sukan Kg. Pandan, Cheras.
Turut hadir bersama adalah En Safrushahar bin Md Yusoff, Pengarah Bahagian Paralimpik MSN serta Dr. Zakiy Jamalul-lail, Ketua Unit Pencegahan Kecederaan Sukan.
Bengkel tersebut yang dihadiri seramai 35 orang terdiri daripada jurulatih dan Pegawai Persatuan Sukan Para bermatlamat mengukuhkan perancangan kejurulatihan untuk pembangunan atlet dari 5 bahagian sukan iaitu suaian fizikal, fisiologi senam, pemakanan, biomekanik dan fisiologi.