Tenaga pengajar dari JKPDA
14 November 2014, Bukit Jalil- 19 orang kakitangan Institut Sukan Negara (ISN) disenarai pendek untuk menghadiri Bengkel penyelidikan : Latihan untuk pengguna Jawatankuasa Pelaburan Dana Awam (JKPDA) KPI dashboard anjuran bersama ISN dan JKPDA, Agensi Inovasi Malaysia (AIM).
JKPDA adalah merupakan sebuah jawatankuasa di bawah Majlis Tadbir Urus AIM yang ditubuhkan pada tahun 2012 yang terlibat dalam penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R,D & C).
1Dana merupakan satu platform ekosistem pendanaan yang bertujuan menambah baik landskap dan mekanisme pelaburan dalam R&D, bagi mencetuskan inovasi dan memastikan pulangan yang setimpal melalui KPI Dashboard yang melaporkan prestasi bajet R,D & C negara.
YBrs. En. Roydean Osman, Ketua Sekretariat kepada JKPDA, AIM turut meluangkan masa untuk hadir dan memberi latar belakang dan polisi dana ini. Sesi latihan ini dibantu oleh lima (5) orang pegawai dari JKPDA.
En. Roydean Osman dan Dr. Yeo Wee Kian
Sumber: Manual pengguna versi kerajaan, JKPDA 1Dana, 23 Oktober 2014
Disediakan oleh Chiang Su Ping, Cawangan Pengurusan Penyelidikan