MESYUARAT KHAS PERUMUSAN INDIKATOR KECERGASAN ASEAN/FORMULATION OF THE ASEAN FITNESS INDICATORS (AFI)

Asean

Bangkok, Thailand 27 & 28 Februari 2017 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai focal point bagi isu belia dan sukan di Malaysia telah menerima jemputan daripada Jabatan Pendidikan Jasmani, Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand (Department of Physical Education, Ministry of Tourism and Sports of Thailand) melalui Sekretariat ASEAN bagi penganjuran Special Meeting on the … Read more

BENGKEL PERIODISASI SERTA PERKHIDMATAN SAINS SUKAN DAN PERUBATAN SUKAN 2017

main

CHERAS, 7 Februari 2017 – Perasmian Bengkel Periodisasi serta Perkhidmatan Sains Sukan dan Perubatan Sukan 2017 oleh Dr. Vellapandian AL Ponnusamy telah berlangsung pada 9 pagi tadi di Kompleks Kecemerlangan Sukan Kg. Pandan, Cheras. Turut hadir bersama adalah En Safrushahar bin Md Yusoff, Pengarah Bahagian Paralimpik MSN serta Dr. Zakiy Jamalul-lail, Ketua Unit Pencegahan Kecederaan … Read more

ISN ANJUR GOTONG ROYONG BANTERAS DENGGI

main

BUKIT JALIL, 3 Februari 2017 – Taklimat Operasi Anti Denggi sempena aktiviti gotong-royong peringkat ISN 2017 telah berlangsung di Dewan Komanwel, ISN pagi ini. Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Arshad Bin Puji, Pengarah Perubatan Sukan selaku Pengerusi Jawatankuasa JK bagi menangani wabak denggi yang semakin menular dan berleluasa. Tujuan taklimat ini diadakan bagi berkongsi gerak … Read more

Sesi Townhall ISN Januari

main

BUKIT JALIL, 24 Jan – Sesi Town Hall ISN yang telah berlangsung pada hari ini di Dewan Perdana telah bermula dengan tayangan video selayang pandang aktiviti dan program ISN dan diikuti dengan amanat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr Mohd Khairi Zawi. Dr Khairi memaklumkan, Tahun 2016, atlet-atlet di bawah Program Podium berjaya … Read more

Jangan Tunggu Haus Baru Minum

main

Minum air ikut perancangan untuk elak dehidrasi Dehidrasi secara mudahnya ditafsirkan sebagai kehilangan air atau cecair tubuh disebabkan aktiviti fizikal, namun tidak boleh dipandang ringan kerana ketiadaan dua peratus air daripada berat badan sudah memadai untuk menjejaskan fungsi fisiologi seseorang atlet. Malah, dua kajian dilakukan Makmal Prestasi Manusia Universiti Connecticut pada 2012 membuktikan tahap dehidrasi … Read more

Sepakan Faiz Ekstrem, Mengelirukan

main

Biarpun kemenangan Mohd Faiz Subri menjulang Anugerah Puskas 2016 sudah berlalu, namun keunikan sepakan percuma yang dilakukan pemain bola sepak Pulau Pinang itu masih menjadi perbualan dengan rakaman sepakannya masih menjadi tontonan peminat di seluruh dunia. Ramai yang mengatakan sepakan lencong itu melanggar hukum fizik dan menggelarnya sebagai jaringan ajaib. Hakikatnya, bagaimana sepakan lencong itu … Read more

LATIHAN MELAMPAU – PERLU SEIMBANG

  Atlet harus patuhi jadual ditetapkan jurulatih untuk elak kecederaan sewaktu latihan Berjaya atau tidak seseorang atlet banyak bergantung kepada kesungguhan mereka menjalani sesi latihan secara sempurna saban hari. Secara asasnya, latihan berfungsi untuk membiasakan tubuh bagi menghadapi tekanan yang berlaku sewaktu pertandingan. Secara tidak langsung, kelebihan itu diperlukan supaya tubuh menjadi lebih cergas selain … Read more

Keunikan jaringan #FaizSubri menepati hukum fizik!

Main

Keunikan jaringan finalis Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ oleh banyak pihak adalah tidak benar, kata pakar.   Sebaliknya kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara Dr Mohd Khairi Zawi, jaringan itu menepati ‘Hukum Gerakan Ketiga Newton’.   Lencongan bola yang berlaku sehingga menewaskan penjaga … Read more

RISIKO TINGGI ACL BUAT ATLET

Main

Di Malaysia, permainan bolasepak adalah antara jenis sukan yang paling popular di kalangan masyarakat kita tidak mengira bangsa ataupun umur. Sungguhpun sukan ini kurang lasak berbanding dengan sukan ragbi, namun kecederaan tetap berlaku. Sendi ini adalah sendi terbesar dalam badan dan ia penting untuk pergerakkan. Dua kumpulan ligamen memberikan kestabilan padanya: ligamen ligamen krusiat (cruciate) … Read more

ROAD TO TOKYO 2020 – YSD TAJA RM2.6 JUTA UNTUK SKUAD MUDA BERBASIKAL TREK

default pic

KUALA LUMPUR , 17 November 2016 – Yayasan Sime Darby (YSD) meneruskan pembiayaan bagi skuad berbasikal trek dengan penajaan berjumlah RM2.6 juta bagi persediaan enam pelumba muda untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Enam pelumba tersebut ialah Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Khairil Nizam Rasol, Anis Amira Rosli, Muhammad Fadil Mohd Zonis, … Read more