Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) bagi memastikan jurulatih yang mempunyai kelulusan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) dapat menikmati imbuhan yang ditawarkan pada skim pekerjaan tersebut. Konsep SLKK ini telah diperkenalkan kepada semua Persatuan Sukan Kebangsaan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Maka tibalah masanya dilaksanakan supaya semua jurulatih yang bertauliah di negara ini dapat didaftarkan di bawah pengkalan data Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) dan seterusnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya.
Contoh sijil dan lesen Tahap I, II, dan III.
MUATTURUN
- Prosedur Permohonan Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan(SLKK) dan Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)
- Borang Permohonan Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan(SLKK) dan Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) ( Borang Yang Sama Untuk Pembaharuan Lesen Juga)
Borang-borang yang siap di isi perlu dihantar ke alamat:
Akademi Kejurulatihan Kebangsaan
Aras 3, Gimnasium 3
Institut Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur.
No. Tel : 012 – 221 7621 atau 03-89914871/72. (Hanya panggilan pada waktu pejabat sahaja akan di layan)
Waktu Pejabat : 8 pagi hingga 1 petang, 2 petang hingga 5 petang.