SOALAN LAZIM

HUBUNGI KAMI

ADUAN & MAKLUMBALAW

PETA LAMAN

AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN

zawawi

DR. AHMAD ZAWAWI BIN ZAKARIA

Pengarah Akademi Kejurulatihan Kebangsaan

EN. MOHD SYAHRUL NIZAM BIN MOHD JOHAR

Ketua Cawangan Jaringan Kejurulatihan

suping

PN. CHIANG SU PING

Ketua Cawangan Pembangunan Kejurulatihan

EN. FREDDY BIN AFFENDI

Ketua Cawangan Pendidikan Jurulatih

EN. TAN CHEK HIONG

Ketua Cawangan Kepakaran & Kompetensi Kejurulatihan

PN. EMY NOR ASMIEZA BINTI MOHD NOR

Ketua Cawangan Pengurusan Kejurulatihan

FUNGSI AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN

Cawangan Pengurusan Kejurulatihan

  • Mengendalikan pengurusan data dan pelaporan berkaitan kejurulatihan secara menyeluruh, termasuk pendaftaran jurulatih, rekod penyertaan kursus, status pelesenan, dan rekod penganjuran program oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK).
  • Menyediakan laporan analitik bagi menyokong perancangan, pemantauan, dan penambahbaikan program pembangunan kejurulatihan di Malaysia.
  • Bertanggungjawab memastikan integriti, kesahihan, dan keselamatan data melalui sistem pengurusan maklumat yang cekap dan terkini.
  • Menyediakan bantuan teknikal berkaitan proses pendaftaran, pembaharuan lesen, pensijilan, serta penyelesaian isu-isu berkaitan sistem atau dokumen.
  • Menyediakan data trend, statistik dan unjuran sebagai asas kepada pembuatan dasar, perancangan kursus, serta perancangan tenaga jurulatih negara.
  • Menjadi pusat rujukan rasmi bagi semua pertanyaan berkaitan dasar pelesenan, kelayakan, dan keperluan minimum bagi jurulatih mengikut peringkat.

Cawangan Kepakaran & Kompetensi Kejurulatihan

  • Membangunkan dan menilai kursus – kursus di bawah program AKK melalui kawalan kualiti kepakaran merangkumi kurikulum, penilaian dan impak program yang dianjurkan.
  • Menganjurkan Bengkel Pemurnian Silibus Kursus-Kursus di bawah program AKK (Kursus Sains Sukan dan Perubatan Sukan, Kursus Sukan Spesifik, Kursus Pendidikan Kejurulatihan Berterusan (CCE), Suaian Fizikal dan lain-lain kursus berkaitan kejurulatihan sukan).
  • Merancang pengelolaan latihan bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran kendiri instruktur (trainers) dan pegawai akademi.
  • Melaksanakan penilaian dan pemantauan prestasi jurulatih serta mengemukakan syor pelantikan atau penamatan kontrak jurulatih kebangsaan.
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan  program pensijilan khusus sebagai nilai tambah kepada pembangunan kompetensi kejurulatihan.

Cawangan Pendidikan Jurulatih

  • Merancang, mengurus dan melaksana Kursus Sains Sukan Tahap I, II dan III anjuran Akademi Kejurulatihan Kebangsaan serta Pihak Ketiga (NGO, Persatuan, Organisasi luar, Jabatan, Pertubuhan) mengikut jadual perancangan tahunan serta memastikan penganjuran kursus mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan.

  • Bertanggungjawab dalam membantu penyelarasan pembangunan modul, memastikan pematuhan piawaian kebangsaan/antarabangsa serta menjamin mutu pelaksanaan kursus yang konsisten dan berkualiti.

  • Menyokong pengurusan cawangan dalam membuat keputusan teknikal dan strategik, serta memastikan semua proses dan operasi pendidikan jurulatih berjalan teratur dan efisien.

  • Bertanggungjawab melaksanakan program pembangunan jangka panjang melibatkan pendidikan jurulatih dan penambahbaikan berkala bagi memenuhi keperluan ekosistem kejurulatihan negara.

  • Bertanggungjawab menguruskan dan mengendalikan pengurusan dan pemantauan media sosial AKK.

Cawangan Jaringan Kejurulatihan

  • Menjalin dan menyelaras kerjasama dengan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Majlis Sukan Negeri (MSN), Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN), Pusat satelit ISN dan institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa.
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan  program kejurulatihan antara AKK dan rakan strategik tempatan dan antarabangsa.
  • Memperluas jaringan ke peringkat serantau dan global melalui kerjasama badan sukan antarabangsa, penyertaan persidangan, dan pelaksanaan inisiatif antarabangsa.
  • Menjadi pusat rujukan serantau untuk pembangunan jurulatih dan menyelaras program dan inisiatif dibawah Centre of Excellence for Sport Coaching (COE).

Cawangan Pembangunan Kejurulatihan

  • Mengurus proses Geran Kursus Kejurulatihan (GKK)  dari permohonan hingga pelaporan, termasuk memberikan taklimat, sokongan teknikal, dan pemantauan kursus.
  • Menyediakan laporan prestasi GKK kepada pihak pengurusan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) dan ISN serta memastikan pengurusan dana dan pematuhan syarat geran secara telus dan berintegriti.
  • Merancang, mengurus dan memantau peruntukan kewangan dan hasil AKK.
  • Membantu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dalam penyediaan dan pemurnian kurikulum dan silibus Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik (Tahap 1 higga 3) sebagai kawalan piawaian dan kualiti penganjuran kursus.

> Bertanggungjawab di dalam penyampaian maklumat penawaran program-program baharu dan sedia ada melalui medium hebahan dan laman web Akademi coachingacademy.isn.gov.my.

> Memastikan sijil sains sukan dikeluarkan selewat-lewatnya enam puluh (60) hari bekerja selepas keputusan diumumkan di dalam laman web coachingacademy.isn.gov.my.


PIAGAM PELANGGAN AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN

  1. Memastikan keputusan kursus Sains Sukan Tahap II dan III boleh dilayari di laman web isn.gov.my atau coachingacademy.isn.gov.my sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari waktu bekerja daripada tarikh tamat kursus.
  2. Menyediakan sijil jurulatih (SPKK) dalam tempoh tiga (3) bulan (bergantung kepada pihak persatuan sukan kebangsaan) setelah lesen diterima oleh pihak pelanggan.
  3. Memastikan sijil sains sukan dikeluarkan selewat-lewatnya enam puluh (60) hari bekerja selepas keputusan diumumkn di dalam laman web isn.gov.my atau coachingacademy.isn.gov.my.
  4. Menjalinkan kerjasama dengan persatuan sukan kebangsaan (PSK) dan badan-badan organisasi lain di dalam menjayakan Kursus Sukan Spesifik, Kursus Sains Sukan dan Kursus Kejurulatihan Berterusan dalam tempoh empat puluh lima hari (45) hari bekerja dari tarikh permohonan rasmi di terima.

AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan merupakan satu bahagian di Institut Sukan Negara yang memberi pengiktirafan kepada jurulatih melalui Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK). Bahagian ini juga menawarkan program pendidikan kejurulatihan yang komprehensif melalui sistem akreditasi jurulatih sukan, iaitu program Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) Tahap I, II dan III. SPKK merupakan satu piawai kebangsaan yang memberi pengiktirafan kepada status jurulatih dalam bidang sukan masing-masing.

LATAR BELAKANG

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) telah dilancarkan secara rasmi pada 19 Julai 2012 oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Bin Cheek bertempat di Dewan Komanwel MSN, Bukit Jalil bagi memantapkan fungsi Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang telah wujud sejak tahun 1985. Kepimpinan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) telah diserahkan secara rasminya di bawah pentadbiran Institut Sukan Negara (ISN) dari Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) yang beroperasi sepenuhnya mulai 1 Julai 2015. Peralihan tugas ini telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Khairy B. Jamaluddin pada      12 Februari 2015.


VISI

Melahirkan jurulatih yang berkualiti, profesional dan bertaraf antarabangsa.

MISI

  1. Menguruskan program pendidikan yang berterusan dalam bidang Sains Sukan dan Pengkhususan Sukan agar jurulatih mendapat ilmu terkini di samping memastikan peningkatan kemahiran dan profesional dalam bidang sukan masing-masing.
  2. Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan jurulatih sukan yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion kejurulatihan sukan kebangsaan.

FUNGSI

  1. Membangun dan melaksanakan program-program pensijilan dan kursus-kursus kejurulatihan bagi memantapkan lagi kualiti kejurulatihan kebangsaan dan sebagai pengiktrafan kepada jurulatih-jurulatih tempatan. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, AKK telah menubuhkan Jawatankuasa Ahli Panel Penasihat.
  2. Ahli Panel Penasihat bertanggungjawab memberi nasihat dari segala aspek perancangan dan pembangunan program-program Kejurulatihan Kebangsaan.

CAWANGAN PENDIDIKAN PROFESIONAL

Fungsi Cawangan Pendidikan Profesional

  1. Merancang dan pelaksanaan Kursus Sains Sukan Tahap I, II dan III mengikut jadual perancangan tahunan.
  2. Menyelaras Kursus Sains Sukan bagi pihak ketiga (organisasi luar /NGO / jabatan /pertubuhan) yang berminat menganjurkan kursus.
  3. Bertanggungjawab membantu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dalam penyediaan kurikulum Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik.
  4. Bertanggungjawab menyediakan kurikulum Kursus Sains Sukan dan Kursus Kejurulatihan Suaian Fizikal.
  5. Membantu menyediakan bantuan geran untuk Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) bagi menganjurkan kursus spesifik, seminar peringkat tempatan dan antarabangsa.
  6. Menguruskan permohonan lesen jurulatih yang layak memohon di bawah Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK)
  7. Mengumpul dan merencana dapatan / penyelidikan dan bahan-bahan lain di dalam Menyediakan Jurnal Kejurulatihan
  8. Menganjurkan Bengkel Pemurnian Silibus Sains Sukan dan Persatuan Sukan Kebangsaan
  9. Menguruskan sistem data Jurulatih yang berdaftar di bawah Akademi (NROC – National Registry Of Coaches)

CAWANGAN PENDIDIKAN JURULATIH

Fungsi Cawangan Pendidikan Jurulatih

  1. Merancang dan pelaksanaan program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan dengan penawaran kursus BCE (Basic Coach Education), ACE (Advance Coach Education), FACE (Foundation of Applied Coach Education) dan Kursus Jurulatih Pembangunan
  2. Bertanggungjawab menyediakan kurikulum Kursus-kursus dibawah program CCE (Continuing Coach Education) dan Jurulatih Pembangunan.
  3. Mengurus permohonan persatuan bagi program ICCE (International Continuous Coach Education)
  4. Mengurus Seminar / Simposium / Konferen / dan program Coaching Talk and Share sebagai program pendidikan tambahan kepada jurulatih.
  5. Bertanggungjawab di dalam penyampaian maklumat penawaran program-program baharu dan sedia ada melalui medium hebahan dan laman web Akademi
  6. Mengumpul dan merencana dapatan / penyelidikan dan bahan-bahan lain bagi menyediakan buletin kejurulatihan
  7. Mengurus dan menghantar wakil Malaysia ke Conference anjuran International Council for Coaching Excellence
  8. Merancang pengelolaan latihan bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran kendiri Instruktur dan pegawai Akademi
  9. Mengurus penganjuran Penganugerahan Jurulatih Kebangsaan dengan berkerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).