POSTER-AIWS-v2

ANUGERAH INOVASI WANITA DALAM SUKAN (AIWS24)
Penglibatan wanita dalam sukan merentasi pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran dengan sokongan semua pihak yang mahukan perubahan ke arah kesaksamaan gender. Institut Sukan Negara memperkenalkan Anugerah Inovasi Wanita Dalam Sukan (AIWS) bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu atau kumpulan individu yang mencetuskan serta melaksanakan inovasi dalam usaha memajukan sukan khususnya dalam kalangan wanita di Malaysia. AIWS merupakan platform yang mengetengahkan dan mengangkat hasil inovasi berkaitan wanita dalam sukan.

Anugerah Inovasi Wanita Dalam Sukan 2024 dibahagikan kepada empat (4) kategori
seperti berikut: –

       
           i. Kategori Saintis: Anugerah ini diberikan kepada saintis wanita yang aktif

              mempamerkan kemahiran dan sumbangan inovasi dalam bidang sains sukan atau
              perubatan sukan atau teknologi sukan. Hasil inovasi / produk telah memberi impak
              kepada pembangunan dan kecemerlangan sukan seperti kecergasan, prestasi
              sukan, amalan terbaik dan sebagainya.

 
          ii. Kategori Jurulatih: Anugerah ini diberikan kepada jurulatih wanita yang aktif dan

              menghasilkan inovasi dalam melatih atlet atau pasukan. Penerima menunjukkan
              pencapaian kemahiran, mendapat pengiktirafan, komited dalam membimbing dan
              memberi inspirasi kepada masyarakat, atlet atau pasukan ke peringkat tinggi.

 
        iii. Kategori Industri: Anugerah ini mengiktiraf individu atau kumpulan atau

             organisasi yang memainkan peranan penting dalam memajukan sukan wanita
             melalui inovasi produk atau perkhidmatan. Penerima anugerah ini menunjukkan
             komitmen dalam memperkasa wanita dalam sukan, menyokong pembangunan
             atlet dan pasukan wanita, serta menerapkan strategi yang memperluaskan
             penglibatan wanita dalam sektor ini.

        iv. Kategori Champion of Change (Male): Kesaksamaan jantina memerlukan
             sokongan dan penyertaan aktif termasuk daripada lelaki yang memperjuangkan
             perubahan. Anugerah ini meraikan lelaki yang menunjukkan komitmen untuk
             memajukan kesaksamaan jantina, sama ada sokongan terhadap dasar, amalan
             dan aktif memberi bimbingan kepada wanita dalam sukan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan Anugerah Inovasi Wanita Dalam Sukan (AIWS) dan hantarkan borang permohonan dan keterangan inovasi anda kepada Urus Setia di alamat berikut :

 

Urus Setia AIWS
Pusat Knowledge Management
Bahagian Penyelidikan dan Inovasi
Institut Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur

Tarikh tutup :  ̶5̶ ̶N̶o̶v̶e̶m̶b̶e̶r̶ ̶2̶0̶2̶4̶  12 November 2024

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Syarifah Fathynah (03-89914527) / Dyg Adlina (03-89914415)