ARFY RINTIS EMAS SULUNG MELAKA DALAM ACARA BERBASIKAL

Kangar – Melaka akhirnya berjaya mendapatkan emas dalam acara berbasikal menerusi pelumbanya Muhd Arfy Qhairant bin Amran dalam acara 200 meter pecut lelaki yang menewaskan pelumba dari Selangor Firdaus Zonis yang sekadar berpuas hati membawa pulang pingat perak pada perlumbaan yang dijalankan pada Sabtu.
Arfy bermula baik untuk menang pada perlumbaan pertama dengan catatan masa 11 minit perpuluhan 617 saat sebelum Firdaus kembali bangkit di perlumbaan kedua dengan catatan masa 11 minit perpuluhan 602 saat. Bagaimanapun, persaingan sengit di perlumbaan penentuan menyaksikan Arfy berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan dengan catatan masa 11 minit perpuluhan 673 saat.
” Saya sudah bersedia agak lama untuk acara ini, memang taktikal jurulatih supaya mengheret sehingga perlumbaan ketiga. Alhamdulillah, saya berjaya memenangi perlumbaan ketiga dan pingat emas” kata Arfy kepada ISN.
Tambahnya lagi, kejayaan nya pada temasya SUKMA Perlis ini banyak di bantu oleh sokongan kuat daripada Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) Melaka yang mengaturkan seorang Pegawai Pemakanan iaitu Cik Yuslinda Md Yusoff bagi memantau semua aspek pemakanan atlet bagi memastikan atlet sentiasa berada dalam kondisi terbaik.