Bukit Jalil, Kuala Lumpur – 20 Januari 2015 (Selasa) – Logo rasmi Institut Sukan Negara (ISN) secara rasminya telah didaftarkan dan diberikan sijil pendaftaran cap dagangan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di bawah Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan Cap Dagangan 1997. Tempoh sahlaku perlindungan adalah selama 10 tahun iaitu dari 14 Julai 2014 sehingga 14 Julai 2024. Sehubungan dengan itu, penggunaan simbol ® pada logo rasmi ISN berkuat kuasa secara serta-merta.
Disediakan oleh Dzul Syazwan Bin Mat Sah
Cawangan Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Penyelidikan, Pendidikan dan Inovasi Sukan