BUKIT JALIL, 11 APRIL 2016 – Ketua Pegawai Eksekutif ISN, YBhg. Dr Khairi Zawi hari ini menerima lawatan kerja dari Encik Tengku Shahrir Tengku Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif Biotropics Malaysia. Lawatan kerja ini bagi membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan antara ISN dan pihak Biotropics di masa hadapan. Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, YBrs. Encik Ahmad Zawawi, Senior Manager, Science & Product Development, Ms. Annie George serta Head of Sales & Marketing, Encik Zulkarnain dari Biotropics Malaysia.