BOSAN BERLARI DI TREADMILL? PELBAGAIKAN RUTIN SENAMAN DI TREADMILL

Selain dari mengamalkan pemakan yang sihat serta rehat yang secukupnya senaman juga merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat sihat yang sangat penting. Ia merupakan satu aktiviti fizikal yang boleh dilakukan oleh semua individu tanpa mengira umur, jantina serta tahap kesihatan. Dengan melapangkan sedikit masa, tenaga dan komitmen banyak faedah yang diperolehi daripada aktiviti bersenam ini.

Namun begitu rutin senaman yang sama yang dilakukan setiap hari juga boleh mengundang perasaan bosan. Oleh itu kita boleh mempelbagaikan aktiviti agar ianya mampu menaikkan semangat untuk terus bersenam.

Bagi yang menggunakan treadmill sebagai medium senaman mereka, ada ketikanya kita merasa bosan dan tidak sabar untuk menghabiskan sesi senaman tersebut. Berikut adalah beberapa senaman yang boleh dipelbagaikan dengan menggunakan treadmill namun begitu pastikan aktiviti ini dilakukan dengan pemantauan sehingga anda terbiasa dan mampu mengawal pergerakan di treadmill tersebut. Sebelum memulakan senaman berikut, pastikan anda memilih kelajuan treadmill mengikut keupayaan anda bagi mengelakkan kecederaan.

1. Walking Lunges

Pastikan kelajuan treadmill pada tahap rendah sebagai permulaan. Sebelum treadmill di on kan, berdiri dengan kedua dua kaki dijarakkan sedikit. Silangkan tangan separas dada kemudian kaki kanan dilangkah kehadapan sambil menurunkan badan sehingga lutut kanan bengkok 90 darjah. On kan treadmill kemudian melangkah dengan membawa kaki kanan ke belakang, bawa kaki kiri ke hadapan dan lakukan secara bergilir gilir kaki.

2. Side Shuffle

Senaman yang berkesan untuk menguatkan otot luar dan dalam peha. Ianya juga merupakan senaman kardio yang bagus. Berdiri mengiring di treadmill dengan kaki sedikit bengkok kemudian bergerak ke sisi dengan cepat dan berulang kali. Setelah selesai bolehlah bertukar ke sisi sebelah yang lain.

3. Squat Side Shuffle

Pergerakkan seperti Side Shuffle tapi berdiri secara squat kemudian bergerak ke sisi.

4. Reverse Mountain Climbers

Berada di dalam posisi plank dengan meletakkan kaki belakang di atas treadmill manakala tangan menahan anggota badan di lantai. Gerakkan kaki kanan ke arah dada dan lakukan bergilir gilir dengan kedua dua kaki. Kelajuan treadmill di tetapkan pada kadar perlahan bersesuaian dengan kemampuan.

5. Walking Plank

Berada di dalam posisi plank dengan tangan di atas treadmill dan kaki menahan di lantai. Bawakan tangan kanan ke hadapan (atau sebaliknya) secara bergilir dengan tangan kiri.

6. Treadmill push

Untuk melakukan senaman ini, berdiri di atas treadmill sambil memegang pemegang sisi treadmill. Untuk sesetengah treadmill, belttreadmill boleh digerakkan walaupun treadmill tidak berfungsi. Bermulalah dengan berlari sambil menolak pemegang sisi. Sekiranya belttreadmill anda tidak bergerak maka berhenti mencuba dan beralih ke senaman yang lain.

7. Incline pushup

Dengan menggunakan treadmill sebagai medium anda tidak perlu lagi menunggu giliran untuk menggunakan bench untuk melakukan senaman ini. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan berdiri di atas treadmill dengan kaki diposisikan di tepi belt treadmill. Lunjurkan badan secara lurus dari kaki hingga ke kepala. Bengkokkan siku seperti ingin melakukan tekan tubi dan turunkan dada anda sehingga menyentuh konsul treadmill. Kemudian lakukan pergerakan tekan tubi mengikut kemampuan anda.

Terdapat beberapa lagi variasi pergerakan yang boleh dilakukan di atas treadmill seperti crab walk dan aktiviti regangan. Variasi pergerakan ini membolehkan individu memilih otot mana yang ingin disasarkan. Ianya juga menambahkan keseronokkan dalam melakukan aktiviti senaman

Namun begitu kepada yang baru bermula dengan treadmill tidak digalakkan mencuba senaman di atas memandangkan ianya memerlukan koordinasi pergerakan yang tepat, kemahiran fizikal, penguasaan teknik yang betul serta keseimbangan tubuh badan yang baik bagi mengelakkan kecederaan.