ISN BERDUKACITA DI ATAS KEHILANGAN RONALD FAUVEL

Dengan rasa dukacita, Institut Sukan Negara(ISN) kehilangan Pakar Terapi Tisu Lembut, Ronald Fauvel dari bahagian PODIUM.

Mendiang meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur(HKL) disebabkan komplikasi pernafasan.

Fauvel, 59 tahun, amat sinonim dalam arena sukan tempatan mengendalikan pelbagai jenis sukan menggunakan pengalaman dan kepakaran yang tinggi di dalam bidangnya.

Mendiang telah berkhidmat bersama ISN sejak 22 tahun lalu pada tarikh 15 Jun 1995 ketika ISN berada di Stadium Jalan Raja Muda lagi.

Ketika itu mendiang berperanan mengendalikan pasukan olahraga dibawah program ‘Jaya 98’.

Malah mendiang merupakan pakar terapi urut yang khusus buat jaguh skuasy negara, Datuk Nicol David dan mengiringi beliau di setiap kejohanan dalam dan luar negara.

Dilahirkan pada 20 Julai 1958, mendiang berasal dari Montreal, Quebec di Kanada meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki.