VELODROM NASIONAL MALAYSIA: LEGENDA-LEGENDA BERBASIKAL NEGARA TERHARU USAHA MURNI KBS

“Saya amat terharu diberi penghormatan merasmikan Velodrom Nasional ini bersama jaguh-jaguh berbasikal negara yang lain. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana begitu prihatin membangunkan sukan berbasikal dengan pembinaan velodrome kelas 1 ini. Saya harap usaha murni ini dapat melahirkan lebih ramai jaguh berbasikal buat Malaysia pada masa akan datang,”

Azizulhasni Awang- Jaguh Keirin Dunia

—————————————————————————————————————-

“Sokongan yang diberikan kepada sukan berbasikal hari ini amat membanggakan. Kerjasama dari pelbagai pihak ini tidak mustahil mampu merealisasikan impian negara untuk meraih lebih banyak pingat emas di kejohanan antarabangsa kelak,”

Rosman Alwi- Legenda berbasikal negara

—————————————————————————————————————-

“Penghargaan ini amat istimewa buat saya dimana ia menjadikan impian saya untuk menyaksikan Malaysia mempunyai Velodrom Kelas 1 bertaraf dunia akhirnya menjadi kenyataan. Meskipun sudah bersara, saya amat gembira kerana kesinambungan usaha yang saya lakukan sebelum ini diteruskan atlet muda sehingga beberapa kejayaan telah dicapai skuad trek berbasikal negara,”

Josiah Ng- Legenda berbasikal negara

—————————————————————————————————————-

“Dengan wujudnya Velodrom Nasional Malaysia ini, saya yakin lebih ramai bakat muda dapat dilahirkan. Ini membuktikan kerajaan tidak hanya mengharapkan keringat Azizulhasni Awang malah berfikiran lebih jauh untuk memastikan lebih ramai jaguh-jaguh bertaraf dunia  dapat digilap,”

Datuk Ng Joo Ngan- Legenda berbasikal negara