Bukit Jalil, 20 Jun 2025 – Unit Integriti, Institut Sukan Negara telah menganjurkan program cakna integriti bersempena Perhimpunan Mesra ISN Bil.3/2025 dengan topik Amanah, Kuasa dan Integriti: Di Manakah Kita Berdiri? bertempat di Dewan Perdana, ISN yang disampaikan oleh PKPj Aini Binti Awang Muda, Ketua Cawangan Sosio Budaya & Politik, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Program ini merupakan inisiatif pendidikan dan kesedaran bagi memastikan warga ISN memahami pengurusan tatakelola kewangan yang baik dan patuh kepada tatacara serta undang-undang yang berkuat kuasa. Selain itu, ia juga merupakan inisiatif bagi penambahbaikan berterusan untuk kawalan dalaman dalam menangani sebarang risiko yang mungkin telah, sedang dan akan berlaku.
Antara objektif utama program ini adalah:
(i) Memberi kesedaran kepada warga ISN berkaitan kesalahan-kesalahan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan;
(ii) Meningkatkan kefahaman kepada warga ISN pentingnya memperkasakan tatakelola pengurusan kewangan;
(iii) Memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara bersemuka dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan sebarang masalah, nasihat dan isu dalam usaha memastikan tadbir urus yang bebas dari sebarang ruang berlakunya rasuah dan salah guna kuasa; dan
(iv) Memastikan warga ISN patuk kepada prosedur dan tatacara kewangan serta menjadikan integriti sebagai amalan berterusan.
Perkongsian ini telah mendapat maklum balas yang positif daripada warga ISN yang hadir dan cara penyampaian penceramah amat bersemangat disertai contoh-contoh kes yang relevan untuk dijadikan peringatan dan ikhtibar.

ENGLISH VERSION
Bukit Jalil, 20 June 2025 – The Integrity Unit of the National Sports Institute (ISN) organised an integrity awareness programme in conjunction with the ISN Friendly Assembly No. 3/2025, with the theme Amanah, Kuasa dan Integriti: Di Manakah Kita Berdiri? held at Dewan Perdana, ISN. The session was delivered by Senior Superintendent Aini Binti Awang Muda, Head of the Socio-Cultural & Political Branch, Community Education Division, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). This programme served as an educational and awareness initiative to ensure that
ISN personnel understand sound financial governance and compliance with the established procedures and applicable laws. Additionally, it was part of a continuous improvement effort to strengthen internal controls in addressing any potential, ongoing, or future risks.
The main objectives of the programme were to:
(i) Raise awareness among ISN staff regarding corruption offences, abuse of power, and misconduct;
(ii) Enhance ISN personnel’s understanding of the importance of strengthening financial governance;
(iii) Provide participants with the opportunity to interact directly with the MACC on any concerns, advice, or issues in the pursuit of corruption-free and abuse-free governance; and
(iv) Ensure ISN personnel comply with financial procedures and regulations, and embrace integrity as a continuous practice.
This sharing received positive feedback from the ISN staff who attended, and the speaker’s delivery was enthusiastic, accompanied by relevant case examples that served as reminders and lessons.