MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN ISN FEBRUARI 2025: MENGHARGAI KEPEMIMPINAN EN. AHMAD FAEDZAL MD. RAMLI.

Kuala Lumpur, 24 Februari 2025 – Institut Sukan Negara (ISN) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Februari 2025, yang berlangsung di Dewan Perdana ISN, dengan kehadiran warga kerja ISN serta tetamu jemputan. Majlis ini menjadi lebih bermakna apabila ia turut dijadikan sebagai Majlis Perpisahan bagi menghargai sumbangan dan jasa En. Ahmad Faedzal Md. Ramli, yang menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ISN.

Dalam ucapannya, En. Ahmad Faedzal Md. Ramli menzahirkan penghargaan kepada seluruh pasukan ISN atas sokongan dan kerjasama sepanjang tempoh kepimpinannya. Beliau juga berkongsi pencapaian dan transformasi yang telah dilaksanakan dalam mengukuhkan peranan ISN sebagai pusat kecemerlangan sains sukan negara.

“Saya amat berterima kasih atas kepercayaan dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh setiap warga ISN dalam membawa organisasi ini ke tahap yang lebih tinggi. Bersama-sama, kita telah mencipta perubahan besar dalam ekosistem sukan negara, khususnya dalam pembangunan atlet berprestasi tinggi menerusi sains sukan dan teknologi inovatif,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada En. Ahmad Faedzal, diikuti dengan sesi ramah mesra bersama kakitangan ISN.

Warga ISN merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas kepimpinan serta komitmen beliau sepanjang enam tahun menerajui ISN, dan mendoakan kejayaan beliau dalam usaha seterusnya.

#TeamISN