SOALAN LAZIM

HUBUNGI KAMI

ADUAN & MAKLUMBALAW

PETA LAMAN

ANUGERAH INOVASI WANITA DALAM SUKAN (AIWS) 2026

Empowering Women Through Sports Innovation

Pertandingan Inovasi Wanita Dalam Sukan (AIWS) 2026 merupakan platform kebangsaan anjuran Institut Sukan Negara (ISN) yang menghimpunkan inovasi, penyelidikan, teknologi dan kepimpinan wanita dalam sukan melalui pertandingan inovasi serta pengiktirafan kepada individu, organisasi dan rakan strategik yang memberi impak kepada pembangunan sukan negara.

Program ini diwujudkan bagi memperkukuh ekosistem inovasi sukan dengan menyediakan platform kepada wanita untuk mengetengahkan idea, mempamerkan hasil inovasi, berkongsi kepakaran dan membina jaringan kolaborasi strategik antara akademia, industri, agensi kerajaan dan komuniti sukan. AIWS 2026 turut berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan penyelesaian inovatif yang menyokong peningkatan prestasi atlet, pembangunan teknologi sukan, pemerkasaan wanita serta kemajuan industri sukan negara.

Melalui penganjuran Pertandingan Inovasi Wanita Dalam Sukan 2026 dan Recognition & Appreciation Awards AIWS 2026, program ini bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan wanita dalam bidang inovasi sukan, malah membudayakan inovasi dan kreativiti sebagai pemacu utama pembangunan sukan negara yang lebih progresif, inklusif dan mampan.

MENUJU GRAND FINALE AIWS 2026

Hari
Jam
Minit
Saat
MAJLIS TELAH BERLANGSUNG
INOVASI
TARIKH

Hubungi Kami

Urus Setia AIWS 2026
Institut Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
📧 nghuihwa@isn.gov.my
03-8991 4413