Kecemerlangan dalam prestasi sukan banyak bergantung kepada faktor-faktor mental sama seperti kepentingan kemahiran fizikal, teknikal atau taktikal. Apa yang bermain difikiran dan perasaan seseorang atlet itu boleh memberi kesan ketara ke atas prestasi sukan mereka. Melalui gabungan kerja individu dan kumpulan, ahli psikologi sukan boleh membantu atlet dan jurulatih meningkatkan kekuatan mental mereka menjelang atau semasa beraksi melalui sesi;

  • Rangsangan dan zon perhatian pemilihan
  • Sesi cetusan motivasi
  • Sesi fokus dan santai
  • Pengurusan peralihan fokus
  • Pengurusan emosi kekalahan dan kecederaan
  • Mengenal pasti kekuatan emosi

Psikologi Sukan ISN sentiasa mengaplikasikan teknik-teknik yang diperolehi daripada ilmu psikologi untuk membantu atlet mencapai matlamat dan membina kekuatan mental mereka. Melalui perkhidmatan psikologi sukan juga boleh membantu atlet dalam mencorak gaya hidup mereka sebagai seorang atlet profesional serta melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk bergelar sebagai seorang juara.

Perkhidmatan kami:

  1. Konsultasi secara berkumpulan
  2. Konsultasi secara individu
  3. Pemerhatian lapangan, sesi pemantauan dan sesi praktikal semasa latihan dan pertandingan
  4. Menjalankan ujian psikometrik serta penilaian yang berkaitan
  5. Bengkel / Pembentangan – Sesi pendidikan