PENGLIBATAN PEGAWAI PENYELIDIK ISN SEBAGAI FOCAL POINT DI BENGKEL TECHNICAL WORKING GROUP (TWG) #MYINDEXBELIA 4.0

Putrajaya, 5 April 2019 – Institut Sukan Negara (ISN) diwakili oleh En Mohd Rizal Md Razali dan En Mohd Zaid Ghazali dari Cawangan Penyelidikan Translasi, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi selaku peserta dan Focal Point dalam bengkel Technical Working Group (TWG) #MYIndexbelia 4.0. Peserta dalam kalangan para Pegawai ISN telah diletakkan dalam Kumpulan 7: Sukan Berprestasi Tinggi bersama Fasilitator Prof. Madya Dr.Salleh Aman, (UM), En. Azizi (MSN) dan Puan Azura (JBSN). En. Zaid yang mewakili Kumpulan 7 telah membentangkan Outcome (Keberhasilan),Strategi dan Program-Program yang telah digarap bersama ahli kumpulan.

Bengkel Technical Working Group (TWG) #MYIndexbelia 4.0 telah diadakan pada 4hb dan 5hb April 2019 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Kementerian Belia dan Sukan. Peserta program adalah merentas pelaksana dan terdiri daripada Kementerian, Agensi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Sektor Korporat yang terlibat secara langsung dengan agenda pembangunan belia di Malaysia. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dr.Waitchalla R.R.V Suppiah, Ketua Setiausaha KBS pada 4hb April 2019 serta pelancaran Sistem e-MYInd yang merupakan sistem yang merekod dan mengemaskini segala maklumat program dan inisiatif belia di Malaysia.

Antara pengisian program adalah pembentangan Perancangan Strategik KBS dan IYRES oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik diikuti perbincangan kumpulan secara intensif dan pembentangan hasil perbincangan setiap kumpulan. Pembentangan rumusan bengkel telah disampaikan oleh Dr. Zainah Shariff, KPE IYRES dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Pn Ramona Razali, Timbalan Ketua Setiausaha KBS pada 5 April 2019.