Makmal Human Movement

Di setiap institut sukan di seluruh dunia seperti Australian Institute of Sports (AIS), English Institute of Sports (EIS), dan Japan Institute of Sports Science (JISS) harus dilengkapi dengan makmal-makmal saintifik yang membolehkan latihan, ujian dan penyelidikan dijalankan dalam menyediakan atlet-atlet berprestasi tinggi. Institut Sukan Negara Malaysia juga mempunyai makmal-makmal saintifik yang berkualiti dan boleh dikatakan mencapai piawaian antarabangsa. Salah satu makmal yang telah beroperasi ialah human movement laboratory. Makmal ini didirikan bagi tujuan untuk membantu menilai, mengukur, dan memantau prestasi atlet/kemahiran dan elemen kecederaan dengan dibuat menggunakan peralatan berteknologi tinggi, canggih dan terkini. Makmal ini digunakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai Pusat Biomekanik Sukan yang bertanggungjawab di dalam memberikan perkhidmatan biomekanik sukan dan menjalankan aktiviti-aktiviti  penyelidikan.

Objektif makmal ini adalah untuk mengukur dan menilai parameter kinematik dan kinetik di dalam pergerakan atau kemahiran yang dilakukan oleh atlet atau subjek. Di antara peralatan-peralatan yang terdapat di makmal human movement adalah seperti sistem kamera infra merah (Qualisys motion analysis system), forceplate form, mesin isokinetik, instrumented treadmill dan sistem myomotion. Di antara ujian-ujian yang dijalankan di dalam makmal ini adalah seperti 3D motion capture, ujian kekuatan otot (isokinetik), ujian ground reaction force, gait analysis, muscles contraction, ujian stabiliti dan sebagainya. Ujian-ujian ini dijalankan bukan sahaja untuk meningkatkan prestasi atlet malahan juga mampu mengurangkan risiko mendapat kecederaan.