Cara organik Jaga Jantung

NurafikaArtikel, Komuniti

Berdasarkan statistik Kementerian kesihatan, di Malaysia terdapat seramai 141 orang penghidap penyakit koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.

Jumlah tersebut menjadikan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.

Persoalannya selain bersenam, tidak merokok dan menjaga pemakanan, apakah cara terbaik untuk menjaga kesihatan jantung? Dalam jurnal saintifik – Diabetes dan metabolism yang diterbitkan pada tahun 2002, dua orang penyelidik, Ya-Mei Yu dan Chingmin E. Tssai dari Universitit Fu Jen, Taipei bersama dengan rakan penyelidik dari Kolej Perubatan China, Taiwan mendedahkan kajian mereka.

Ujian klinikal dengan supplemen barley grass dilihat berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dan oksigen radikal bebas dalam darah bagi pesakit diabetes jenis 2. Dalam kajian tersebut, seramai 39 pesakit diabetes jenis 2 dipilih secara rawak. Setiap hari selama empat minggu mereka diberi suplemen barley grass, kombinasi vitamin C dan E atau kombinasi barley grass, vitamin C dan E.

Vitamin C dan E diberikan kerana berdasarkan kajian terdahulu, jika kedua-dua jenis vitamin tersebut diambil bersama mampu meningkat fungsi kardiovakular. Mereka mendapati memberikan supplemen barley grass mengurangkan paras jumlah kolesterol, kolesterol jahat dan oksigen radikal bebas. Barley grass dikesan bertindak sebagai pemakan radikal bebas.

Data juga menunjukkan barley grass apabila diambil bersama vitamin C dan E, lebih efektif dalam merendahkan paras radikal bebas berbanding mengambil barley grass atau vitamin sahaja. Para penyelidik tersebut membuat kesimpulan, mengambil supplemen barley grass dengan kombinasi vitamin anti oksidatif dipercayai memberikan kesan dan merangsaang fungsi kardiovaskular agar lebih sihat.

Kajian klinikal yang dilakukan secara berterusan turut menyokong dan meneruskan penemuan pengambilan supplemen barley grass mungkin menurunkan paras kolesterol darah dan radikal bebas.

“Bagi individu yang prihatian mengenai kesihatan kardiovaskular, kajian ini menunjukkan mereka dinasihatkan untuk memberikan penekanan kepada diet dengan sumber hijau, terutamanya barley grass organik,” kata Profesor Dr. Richard M. Gold, dari Perubatan Oriental Kolej Pacific.

Sumber : iSihat Bil.71