Secara umumnya, biomekanik adalah kajian tentang daya dalaman dan luaran yang bertindak ke atas tubuh manusia dan kesan daripada (pergerakan) daya ini. Di Institut Sukan Negara, perkhidmatan biomekanik sukan dan biomekanik klinikal diberikan kepada atlet.

Pelbagai peralatan digunakan untuk membantu jurulatih untuk menilai, memantau dan mengoptimumkan prestasi atlet. Kedua-dua peralatan 2D dan 3D yang terdiri daripada kamera untuk sistem analisis pergerakan video digunakan. Dalam biomekanik klinikal, pegawai biomekanik sukan berkerjasama dengan bahagian perubatan sukan dalam proses pemulihan atlet.

Mesin isokinetik digunakan untuk menilai ketidakseimbangan otot manakala sistem analisis pergerakan 3D pula digunakan untuk menilai gaya dan cara atlet berjalan (walking gait). Pusat biomekanik sukan juga mempunyai peralatan teknologi tinggi seperti kamera kelajuan tinggi, force platform, pressure measurement system, radar gun, underwater camera, eye tracker, instrumented treadmill dan GPS system yang digunakan mengikut spesifikasi sukan. Secara keseluruhannya, pusat biomekanik sukan ini bertujuan untuk menggabungkan teori dengan penemuan praktikal untuk meningkatkan prestasi atlet.