DR. ARSHAD BIN PUJI
Pengarah Bahagian Perubatan

DR. KAMARUL HASHIMY BIN HUSSEIN
Ketua Pusat Perubatan Sukan

PN. ROSNAH BINTI MAT YATIM
Ketua Pusat Fisioterapi & Rehabilitasi

DR. ZAKIY BIN JAMALUL-LAIL
Ketua Pusat Pencegahan Kecederaan Sukan


PUSAT PERUBATAN

1.UNIT PESAKIT LUAR

Fungsi:-

Menawarkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada atlet-atlet.

Aktiviti:-

  1. Perkhidmatan rawatan pakar kecederaan sukan.
  2. Perkhidmatan rawatan kesihatan am.
  3. Pemeriksaan kesihatan atlet.
  4. Perkhidmatan rujukan ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dan rawatan pakar yang lebih spesifik dan lanjut.
  5. Perkhidmatan prosedur klinikal khas seperti ultrasound guided injection, intralesional/intra articular diagnostic, therapeutic injection dll.
  6. Perkhidmatan prosedur klinikal am seperti pencucian luka, jahitan luka, suntikan dll.
  7. Perkhidmatan pemasangan cast dan ortotik.

2.UNIT MAKMAL PERUBATAN

Fungsi:-

Menawarkan perkhidmatan analisa makmal ke atas sampel bendalir badan seperti darah, air kencing, kahak dan lain-lain.

Aktiviti

  1. Perkhidmatan pengurusan dan pengambilan sampel bendalir badan seperti darah, air kencing, kahak dan lain-lain.
  2. Perkhidmatan ujian klinikal makmal seperti patologi kimia, hematologi, serologi dan mikrobiologi.
  3. Perkhidmatan pengurusan sampel untuk rujukan ke makmal luar bagi tujuan ujian yang tidak dijalankan di makmal ISN.
  4. Perkhidmatan ujian klinikal makmal kepada atlet-atlet untuk tujuan saringan perubatan tahunan atau sebelum program kejohanan.
  5. Perkhidmatan pengambilan sampel bendalir badan untuk tujuan penyelidikan.
  6. Perkhidmatan pemantauan indeks pencemaran udara, suhu dan kelembapan untuk sekitar Bukit Jalil.

3.UNIT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK

Fungsi:-

Menawarkan perkhidmatan pengimejan diagnostik.

Aktiviti:-

  1. Perkhidmatan imbasan x-ray kepada atlet untuk tujuan saringan perubatan.
  2. Perkhidmatan imbasan x-ray untuk tujuan rawatan dan kecederaan sukan.
  3. Menyediakan perkhidmatan imbasan ultrasound untuk memastikan tahap kecederaan musculoskeletal.
  4. Menyediakan perkhidmatan MRI untuk memastikan kecederaan sukan.
  5. Menyediakan perkhidmatan DEXA untuk mengukur jisim dan kepadatan tulang

4.UNIT SATELIT (PERUBATAN)

Fungsi:-

Mengkaji, merancang, menyelaras dan melaksana pembukaan perkhidmatan perubatan sukan di Pusat Satelit ISN terpilih.

Aktiviti:-

  1. Mengemukakan cadangan lokasi, fasiliti, peralatan, staff dan implikasi kewangan bagi maksud pembukaaan perkhidmatan perubatan di Pusat Satelit ISN.
  2. Menyelaras pembangunan dan pembukaan perkhidmatan perubatan di Pusat Satelit ISN setelah kelulusan diperolehi
  3. Memastikan semua fasiliti disediakan mengikut spekifikasi yang ditetapkan
  4. Memantau perlaksanaan perkhidmatan mengikut prosedur yang ditetapkan

5. UNIT FARMASI

Fungsi:-

Menawarkan perkhidmatan dispensari ubatan/peralatan perubatan.

Aktiviti:-

  1. Perkhidmatan mendispens ubatan/peralatan perubatan kepada pesakit/atlet berdasarkan preskripsi pegawai perubatan.
  2. Perkhidmatan pembekalan ubatan/peralatan perubatan kepada pasukan liputan perubatan sukan/persatuan sukan.
  3. Pengawalan bekalan stok ubatan/peralatan perubatan:
    1. bekalan sentiasa mencukupi
    2. tarikh luput
    3. efficacy ubatan/peralatan perubatan
  1. Pengawalan pembelian ubatan/peralatan perubatan mengikut
    keperluan dan speksifikasi yang ditetapkan.

6. UNIT PRESTASI TINGGI (PERUBATAN)

Aktiviti:-

  1. Perkhidmatan perubatan berfokus kepada keperluan sesuatu jenis sukan berdasarkan kajian dan aplikasi teknologi terkini.
  2. Perkhidmatan perundingan berkala bersama sains sukan, atlet/jurulatih, Persatuan Sukan , NSA dan MSN untuk membincangkan isu-isu pencegahan kecederaan, perubatan, kecederaan, rawatan pemulihan dan prestasi bagi atlet/pasukan.
  3. Merangka aktiviti perkhidmatan pasukan perubatan prestasi tinggi berdasarkan maklumbalas/penerangan/jadual pertandingan/latihan atau isu perubatan atlet/pasukan.
  4. Menjalankan pelarasan dan pemantauan aktiviti pasukan perubatan prestasi tinggi.
  5. Menghadiri mesyuarat jawatankuasa program sukan prestasi tinggi.
  6. Mengumpul data, melakukan analisis dan merumuskan laporan perubatan atlet/pasukan prestasi tinggi.

PUSAT FISIOTERAPI & REHABILITASI

1. UNIT FISIOTERAPI

Fungsi

Menawarkan perkhidmatan rawatan awal kecederaan sukan, rawatan pemulihan dan pencegahan kecederaan sukan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan saintifik. kepada atlet-atlet Negara.

Aktiviti:-

  1. Memberi rawatan awal kepada atlet-atlet yang mengalami kecederaan akut semasa latihan dan pertandingan.
  2. Memberi rawatan pemulihan awal kecederaan sukan kepada atlet secara menyeluruh.
  3. Mengembalikan fungsi optimum atlet untuk kembali berlatih tanpa kecederaan yang berulang.
  4. Memberi khidmat nasihat tentang kecederaan sukan dan aktiviti fizikal yang selamat ketika bersukan.
  5. Memberi perkhidmatan perlindungan perubatan kepada atlet-atlet negara semasa berlatih dan bertanding di dalam dan di luar negara.

Kaedah rawatan fisioterapi merangkumi:

  • Electrotherapy
  • Exercise therapy
  • Manual therapy
  • Hydrotherapy
  • Taping/ strapping
  • Rehabilitation and pre habilitation
  • Education on injury prevention and injury management

2. UNIT REHABILITASI

Fungsi

Menawarkan perkhidmatan pemulihan lanjut dengan meningkatkan kecergasan dan mengembalikan prestasi optimum atlet selepas kecederaan ke tahap sediakala untuk kembali berlatih dan bertanding

Aktiviti:-

  1. Menilai, merancang dan menjalankan rawatan multidisciplinary di dalam merangka program rehabilitasi kecederaan mengikut jenis sukan.
  2. Menjalankan siri ujian tertentu bagi menentukan atlet telah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk kembali bertanding.

Kaedah rawatan rehabilitasi merangkumi:

  • Muscle strengthening
  • Core stability training
  • Proprioception training
  • Sports-specific training
  • Return to sport testing/ activity training

PUSAT PENCEGAHAN KECEDERAAN

1.UNIT LIPUTAN PERUBATAN

Fungsi:-

Bertanggungjawab terhadap perkhidmatan rawatan awal perubatan kepada atlet-atlet di kejohanan atau acara sukan di dalam dan luar negara.

Aktiviti:-

  1. Menerima dan menilai permohonan daripada pelbagai pihak untuk mengadakan liputan perubatan setelah diberi pertimbangan oleh pihak atasan.
  2. Bersetuju untuk menerima atau menolak permohonan untuk mengadakan perkhidmatan liputan perubatan menerusi surat jawapan setelah meneliti permohonan juga berdasarkan keutamaan dan bilangan anggota sedia ada untuk menjalankan tugasan.
  3. Menyelaras segala keperluan liputan perubatan bersama pihak pemohon termasuk menghadiri mesyuarat teknikal bagi memastikan kelancaran perkhidmatan semasa bertugas.
  4. Memastikan segala kelengkapan peralatan dan perubatan termasuk ambulan berada di dalam keadaan yang baik sebelum memulakan tugasan.
  5. Membuat penilaian, pemeriksaan, dan rawatan kecederaan sukan pada peringkat terawal.
  6. Membuat rujukan kes kepada hospital yang berdekatan semasa liputan perubatan sekiranya didapati rawatan kecemasan atau rawatan lanjutan diperlukan.
  7. Memastikan laporan liputan perubatan yang lengkap disiapkan dan dihantar kepada Ketua Unit untuk semakan setiap kali selesai tugasan.
  8. Merekod segala aktiti unit bagi tujuan statistik, rujukan dan penambahbaikkan perkhidmatan pada masa hadapan.

2.UNIT AKADEMIK PERUBATAN

Fungsi:-

Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan perubatan dan sukan kepada anggota perubata ISN, atlet-atlet dan para pegawai sukan.

Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti kajian, penyelidikan dan penerbitan terutama berkaitan perubatan dan sukan.

Aktiviti:-

  1. Perkhidmatan program pendidikan kesihatan.
  2. Bekerjasama dengan agensi lain di dalam memberikan program akademik pendidikan kesihatan, kajian, penyelidikan dan penerbitan.
  3. Menerbitkan bahan-bahan ilmiah seperti pamplet, brosure dan poster.
  4. Merekod, memantau dan melapor aktiviti pendidikan berterusan warga kerja jabatan.
  5. Melaksanakan aktiviti berkaitan akademik yang lain.

3.UNIT KOMPLIMENTARI

Fungsi:-

Menawarkan perkhidmatan komplimentari Urutan Sukan kepada atlet-atlet negara.

Aktiviti:-

  1. Menyediakan perkhidmatan Urutan Sukan.
  2. Melakukan penilaian awal bagi megenalpasti masalah serta keperluan spesifik perkhidmatan Urutan Sukan.
  3. Merujuk atlet kepada Pegawai Perubatan sekiranya mendapati atlet mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan perhatian dan rawatan lanjut.
  4. Menyediakan perkhidmatan sauna.
  5. Memberi khidmat Urutan Sukan kepada atlet-atlet kebangsaan semasa acara sukan atau latihan di dalam dan luar Negara.
  6. Memberi khidmat bantuan liputan perubatan bersama pasukan perubatan ISN iaitu sebagai first aider semasa acara sukan, pertandingan atau latihan atlet