ASBC ELITE ASIAN CONFEDERATION BOXING CHAMPIONSHIP 2019

 ASBC Elite Asian Confederation Boxing Championship 2019 sedang berlangsung pada 17 hingga 28 April 2019 bertempat di Bangkok, Thailand yang dianjurkan oleh International Boxing Association.  Kejohanan diadakan dalam 10 kelas berat bagi lelaki dan wanita: Wanita : 48kg, 51kg, 54kg, 57kg, 60kg, 64kg, 69kg, 75kg, 81kg, +81kg & Lelaki : 49kg, 52kg, 56kg, 60kg, 64kg, 69kg, 75kg, 81kg, 91kg, +91kg.

ASBC mendedahkan bahawa peninju yang dilahirkan antara tahun 1979 dan 2000 adalah layak menghadiri, dengan peraturan teknikal tidak membenarkan peninju berusia 41 atau 18 tahun.Sebanyak 34 negara asia yang menyertai kejohanan tersebut. Wakil Institut Sukan Negara yang memberikan khidmat sains sukan iaitu En. Muhd Izwan Bin Muhammad Zawaki (Biomekanik dan Analisis Prestasi Sukan).