Fungsi utama Analisa Prestasi Sukan dalam proses kejurulatihan adalah menyediakan maklumat quantitatif dan qualitatif untuk mengenalpasti indikator penting dalam aspek prestasi sukan. Indikator yang dimaksudkan adalah parameter yang dinilai contohnya kekerapan sesebuah pasukan melakukan kesilapan hantaran bola dalam sebuah perlawanan. Hasil dapatan analisis pula memudahkan proses jurulatih untuk mengenalpasti kelemahan atau kekuatan atlit atau pasukan yang mana diperkuatkan lagi dengan klip video aspek yang berkaitan.

Pasukan Analisa Sukan bersedia memberikan khidmat sokongan kepada Pasukan Kebangsaan samada ketika sesi latihan atau kejohanan. Dengan mengunakan peralatan rakaman yang canggih dan juga Perisian (Software) analisa video yang mampu mengumpulkan klip video berdasarkan indikator prestasi, Pasukan Analisa Sukan mampu untuk menyediakan maklumat penting kepada jurulatih dan atlit dengan pantas dan berkesan.

Proses Analisa Prestasi Sukan

photo