Kursus Sukan Spesifik

Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik adalah di bawah Persatuan Sukan Kebangsaan. Kursus Sukan Spesifik ini merupakan komponen pelengkap bagi mendapatkan sijil penuh Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) untuk setiap individu yang ingin menjadi seorang jurulatih yang berkelayakan. Pengelolaan kursus ini akan diselaraskan oleh pihak Persatuan Sukan Kebangsaan sendiri. Setiap Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik mempunyai Kursus Tahap I, II & III . Peserta yang ingin menyertai Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik perlu menghubungi pihak Persatuan Sukan Kebangsaan yang berkaitan. Terdapat sebanyak 43 Persatuan Sukan Kebangsaan yang telah berdaftar bersama AKK.

 photo

Contoh Sijil Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik Tahap I,II dan III

photo

Terdapat sebanyak 43 Persatuan Sukan Kebangsaanyang telah berdaftar bersama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan. Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut.